Harap simpati, berakhir 'tragedi'... Facebook Rafizi dihujani kecaman netizen

Nah ambil kau... kuasa rakyat yang dipuja-puja PKR nampaknya kena batang hitung pemimpin mereka sendiri.

Ini selepas facebook Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Asalnya, Rafizi nak luah ketidakpuasan hati dengan melahirkan rasa kecewa 'kononnya' tidak diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada Khamis, menerima kecaman negatif pelayar laman sosial itu.
Add caption


Rafizi seolah-olah tidak faham dengan penggunaan ayat yang digunakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 akan 'ditangguhkan' pada sesi mesyuarat sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Bukan 'disekat' seperti didakwa oleh Rafizi dilaman Facebooknya.

"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak di beri peluang untuk berbahas di Sidang Parlimen hari ini selepas pembentangan Pindaan Akta 355 akan menyambung perbincangan tentang topik ini dalam suatu Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan pada hari isnin, 10 April nanti.

"Walaupun suara kami telah disekat di parlimen, saya pasti rakyat-rakyat Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami ingin mendengar pendapat ahli-ahli parlimen mereka tentang pindaan Akta 355 ini.

"Oleh itu, Sila saksikan Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan Akta 355 ini secara langsung dari laman Facebook page saya jam 8.30 malam pada 10hb April 2017," katanya menerusi status Facebooknya selepas sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan.

Status yang dimuatnaik Rafizi itu menerima kecaman hebat netizen yang merasakan beliau 'meroyan' setelah sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan sedangkan peluang untuk membahaskan akta tersebut boleh dilakukan pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan? YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam. Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan. Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi," kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.

"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong? Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP. Dasar pondan tak ade telur," kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.

"Dulu masa kerajaan (Pusat) tak jadi ambil alih (RUU355), macai Nuar (Anuar Ibrahim) bertepuk tangan, kabo (beritahu) PAS dah kena 'kencing' (tipu) dengan kerajaan, Barisan Nasional (BN) pengecut. Sekarang kerajaan dah buktikan siapa sebenarnya yang takut dengan RUU355 ini," kata pengguna Facebook Mohd Aznin Fazli.

"Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik," kata pengguna Facebook Idham Aries.

Pada hari terakhir mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat,  keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang  selepas mendengar ucapan sokongan daripada Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) itu telah mendapat bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', 'pengecut' namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.

Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.

Rafizi bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain bertindak 'menyerbu' ruang sidang media di Parlimen untuk meluahkan ketidakpuasanhati terhadap keputusan Pandikar, sehingga hilang hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat itu.

"Selama ini, kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh beliau (Pandikar). Tapi kali ini (keputusan tangguh) telah membuatkan kami hilang hormat kepada beliau," kata Rafizi.

Antara ahli parlimen yang turut hadir pada sidang media itu ialah, Khalid Samad (PAN-Shah Alam), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN - Kuala Terengganu).

Sebagai umat Islam, Rafizi perlu malu apabila beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR seolah-olah cuba menghalang pindaan RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan cubaan membangkitkan beberapa perkara kepada Pandikar sebaik sahaja RUU mahu dibacakan.

Tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan telah melengahkan masa kira-kira 35 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS dapat membentangkan usul berkenaan atas sifat rang undang-undang persendirian.

‘Gangguan’ itu dimulakan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mempersoalkan cadangan usul rang undang-undang yang beliau failkan sebelum ini mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) telah ditolak Dewan Rakyat.

Gangguan tersebut berterusan apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bangun membangkitkan bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu.

Turut bangun ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) mencelah dan mempersoalkan mengapa usul Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang lain.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP sekali lagi bangun membangkitkan mengenai keputusan Kabinet berhubung RUU 355 yang tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Tuduhan Kit Siang itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Ba­ling) yang menyatakan ahli-ahli Parlimen terlibat sengaja membangkitkan pelbagai perkara bagi melengahkan masa untuk menggagalkan pembentangan RUU 355.

Pandikar Amin kemudiannya menegur sikap Kit Siang supaya tidak membuat provokasi dan beliau berhak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahannya untuk keluar Dewan.

“Hal berkaitan politik bawalah di luar sana, bukan dalam Dewan ini kerana kita mempunyai Peraturan Mesyuarat. Siapa yang berdiri lagi, saya berhak arah keluar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana