HAJI HADI MAHU RAKYAT TAHU ASAL USUL DAP...INILAH GOLONGAN PH MARAH BENAR NI

Ucapan Presiden PAS pada 11 APR 2017 di Rusila, Terengganu telah memberikan gambaran bahawa PAS memang berpatah arang berkerat rotan dengan DAP.

Ucapannya itu selari dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini iaitu :

PAS TIDAK AKAN MENJALIN HUBUNGAN DENGAN DAP DAN MANA-MANA PARTI YANG BEKERJASAMA DENGAN DAP

Peringatan dan pendedahan Haji Haji mengenai asal-usul DAP yang pada awalnya adalah sebuah parti yang berasal dari negara Republik Singapura adalah suatu peringatan yang tegas buat ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia.

Haji Hadi amat tegas dalam hal ini kerana PAS sudah serik untuk bekerjasama dengan parti DAP walaupun Lim Kit Siang menghulurkan tangan untuk sekali lagi bekerjasama bagi melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

PAS nampaknya lebih rela bersendirian daripada ditipu kali kedua sekiranya menjalinkan hubungan dengan DAP. Betapa mereka perlu menjauhkan diri dari parti DAP yang lahir dari parti PAP di Singapura yang banyak menindas rakyat Singapura dari dulu hingga kini.

Potongan ucapan Haji Hadi yang menampakkan kebenciannya terhadap parti chauvinist DAP :

“Singapura ini bapa DAP, yang memerintah Singapura adalah PAP. Dulu Singapura dalam Malaysia, banyak cawangan PAP di Malaysia."

“Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP. Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP,”

Dalam ucapannya semalam, Hadi turut mempersoalkan tindakan DAP yang mempertikaikan kerjasama antara PAS dan Umno.

Hadi turut mempersoalkan tindakan DAP yang menentang RUU355 namun bertindak untuk berunding dengan Amerika Syarikat.

Diharap pesanan Haji Hadi dapat menyedarkan rakyat dari mana asal usul DAP sebenarnya dan taraf sebenar parti DAP dari dahulu hingga kini.

Sekiranya kita menghayati kenyataan Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin yang menegaskan bahawa kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat.

Manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

Adalah lebih baik kerjasama dengan UMNO diteruskan dan ianya akan membawa kepada perkembangan positif demi negara bangsa dan agama. PAS kini dilihat mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana