Hadi maafkan Nanyang Siang Pau isu karikatur monyet persenda RUU355

Nampaknya PAS terima baik keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)  memaafkan akhbar Nanyang Siang Pau kerana isu karikatur yang menghina Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pasal RUU355.

KDN telah beri surat tunjuk sebab kepada akhbar itu namun memaafkannya dan mengingatkan jangan ulanginya.

Dalam satu kenyataan Isnin,Hadi juga memberitahu partinya telah menerima permohonan maaf dari ketua pengarang akhbar itu pada 12 April.

Selain itu Nanyang Siang Pau juga telah siar permohonan maaf itu dalam akhbar berkenaan.

Hadi mengajak semua pihak memaafkan akhbar itu yang telah cetuskan kontroversi dengan penyiaran karikatur monyet mengenai pembentangan RUU355 oleh Hadi di Dewan Rakyat.
Beliau berharap perbuatan itu tidak berulang di masa depan.

Karikatur itu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya kalangan ahli PAS.

Malah sekumpulan ahli parti itu mengadakan himpunan di depan pejabat Nanyang Siang Pau dekat Petaling Jaya.

Hadi membentangkan usul persendirian beliau mengenai RUU355 pada hari akhir sidang Dewan Rakyat pada Khamis 6 April lalu.

Pandikar telah menangguhkan perbahasan ke sidang Dewan Rakyat sesi Julai ini kerana sidang pada Rabu telah berlarutan hingga jam 5 pagi Khamis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana