Habis Lah Kali Ini PKR!!!!! Kerusi Parlimen pemimpin PKR terkesan dengan perubahan strategi PAS

Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Gombak, Lembah Pantai, Batu dan banyak lagi yang dimenangi oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR kini terkesan dengan perubahah strategi PAS dimana menyaksikan parti Islam itu bergerak sendiri dalam pilihanraya umum ke 14 sebagai blok ketiga selepas Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Ini satu perkembangan menarik di mana PAS mensasarkan bukan sahaja kerusi tradisinya bahkan kerusi-kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh PKR dan DAP.

PKR mesti 'angin satu badan' kerana beberapa kerusi pemimpin utama mereka berada dalam kubu PAS seperti kerusi Permatang Pauh milik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kerusi Parlimen Gombak milik Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan orang nombor dua dalam PKR.

Paling kalut tentu sahaja Azmin, kerana markaz utama PAS, Taman Melewar berada dalam Parlimen Gombak yang asalnya kerusi PAS tapi dipinjamkan kepada PKR.

PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bagaimanapun berkata angka dan kawasan baru belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh PAS pusat.

Beliau berkata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Yang lain ialah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP berdasarkan sikap gabungan tersebut yang menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 secara berterusan.

Menurut Tuan Ibrahim, penentang kepada agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk RUU 355 itu kini cuba mengalihkan perhatian dengan melaga-lagakan pimpinan PAS dan menabur fitnah kepada parti itu.

“Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang mengenai RUU 355 oleh Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan terhadap PAS.

Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, strategi lapuk sebegitu tidak akan berjaya kerana Pas hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.

Pada PRU13 lalu, PAS kalah hanya memperoleh 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana