GOLOGAN INI TAK PEDULI JANJI KUASA DAPAT!!!!! ‘FITNAH ITU LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH’, NASIHAT PAS PADA RAFIZI

Fitnah lebih teruk dari membunuh, demikian nasihat PAS kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli selepas Datuk Nasharudin Mat Isa menafikan menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed kemudiannya berkata tuduhan Rafizi yang dibuat kelmarin adalah berdasarkan ‘hearsay’ (dengar cakap) yang tidak boleh dijadikan asas terhadap sesuatu perkara.

“Rupa-rupanya kenyataan yang Rafizi buat itu berdasarkan ‘hearsay’ daripada bekas pegawai kanan SPRM yang sudah bersara. ‘Hearsay’ tidak boleh dijadikan bukti.

“Maka apa yang didakwa telah dijawab oleh PAS, begitu juga Nasharuddin telah menafikan, malah akan mengambil tindakan undang-undang.

“Bermakna kini Rafizi sudah tersepit. Kerana apa yang dicakap itu pembohongan, tidak betul.

“Kita harap, sebagai orang Islam kena berhati-hati. Jangan mudah hendak bersumpah, nanti takut memakan diri. Fitnah itu besar dosanya, lebih teruk daripada membunuh. Fitnah itu berlarutan sehingga mati,” tegasnya ketika dihubungi Antarapos.

Respon itu menyusul selepas Nasharudin pada petang semalam menafikan penglibatannya dalam skandal 1MDB, termasuk menerima sejumlah dana sebagaimana didakwa oleh Rafizi.

Menyifatkan ia sebagai fitnah terhadap dirinya dan PAS, Nasharudin juga membayangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Terdahulu pada Khamis lalu Rafizi membuat satu sidang media yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook, dengan mendedahkan Nasharudin menerima dana daripada 1MDB daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai satu ‘usaha’ melunakkan parti itu bersabit isu yang melingkari syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Ahli Parlimen Pandan itu mempersoalkan sama ada wang yang diterima Nasharudin itu turut disalurkan kepada PAS untuk tujuan menjalankan kerja-kerja parti.

Bukan itu sahaja Rafizi turut mempersoalkan sama ada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang benar-benar menyemak sumber kewangan yang diperolehi partinya.

Rata-rata pemimpin-pemimpin PAS bingkas menolak dakwaan Rafizi dengan menegaskan Nasharuddin tidak lagi aktif dalam PAS setelah beliau tewas pada pemilihan parti tahun 2011.

Nasharuddin kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana