GAUM: Shafie Apdal Orang Mahathir di Sabah...Rakyat Sudah Tahuuuu Dahhh

Pengerusi Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dilihat cuba memperbodohkan rakyat Sabah dengan retorik kononnya parti baru beliau tidak mengadakan sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar, wujud satu ‘agenda halus’ di antara Shafie dengan pimpinan PH terutamanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini sebenarnya satu agenda halus yang dibuat oleh PH walaupun mereka cuba nafikan. Perkara ini mungkin hanya diketahui oleh Tun Dr Mahathir sebab kita semua sedia maklum sebenarnya Shafie telah keluar daripada UMNO bersama (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Mukhriz. Dan kita semua sedia maklum hubungan antara Shafie dan Mahathir.

“Jadi sekarang ini Shafie kelihatan cuba memperbodohkan rakyat di Sabah dengan mengatakan bahawa beliau adalah juara kepada orang Sabah. Ini satu perkara yang kita lihat sebagai retorik dan cuba memperbodohkan rakyat Sabah,” katanya.

Jelas Zulkarnain, Mahathir sedar dirinya tidak diterima oleh majoriti rakyat Sabah.

Justeru itu beliau mengharapkan kredibiliti yang ada pada Shafie sebagai bekas menteri persekutuan untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat di ‘negeri di bawah bayu’ itu.

Oleh sebab itu katanya Shafie tidak boleh untuk menonjolkan kerjasama di antara Warisan dengan PH memandangkan reputasi Mahathir yang buruk di negeri itu.

“Rakyat Sabah bukannya kurang cerdik, mereka pun faham. Di Sabah ini aura Dr Mahathir tiada (jadi) mereka harapkan taring dari Shafie.

“Warisan tidak boleh menonjolkan kerjasama mereka dengan PH kerana di dalam PH ada Dr Mahathir sedangkan (orang) Sabah jelas menolak Dr Mahathir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di ibu negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkarnain turut mendedahkan bahawa pimpinan PH juga sudah tidak lagi memberikan tumpuan kepada Sabah.

Ini ujar beliau menguatkan lagi dakwaan bahawa Shafie sebenarnya memang mempunyai hubungan dengan PH yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM itu.

“Kita melihat tumpuan sekarang ini PH khususnya mereka tidak begitu memberi tumpuan kepada Sabah memandangkan mereka sebenarnya mempunyai hubungan dengan parti yang diterajui oleh Shafie.

“Meskipun Shafie cuba menafikan perkara ini dengan laungan parti Warisan kononnya ‘Sabah for Sabahan’ (Sabah untuk orang Sabah), tetapi ini sebenarnya retorik yang dibuat oleh Shafie.

“Sejak akhir-akhir ini kita tidak nampak satu program utama yang dianjurkan oleh pembangkang yang menumpukan kepada Sabah. Pimpinan PH langsung tidak ada ke Sabah. Mereka sebenarnya mengharapkan Shafie Apdal.

“Mudah katanya orang Tun Dr Mahathir di Sabah adalah Shafie Apdal,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana