FAKTA SEJARAH : SEMUA PARTI SERPIHAN AKAN TERKUBUR DENGAN SENDIRI

APABILA ramai yang berasa terkejut dengan kewujudan pelbagai jenis parti serpihan pasca PRU13 menjelang PRU14 ini, sebenarnya ia bukanlah sebuah perkara yang ajaib sangat.

Merupakan satu perkara biasa sebenarnya bagi mana-mana kumpulan yang kalah dalam pertempuran demokrasi dalaman parti ataupun wujudnya berpuak-puak, maka jalan penyelesaian mudah adalah dengan keluar parti dan tubuh pesaing baharu di luar.

Sebelum ini kita lihat bagaimana sejarah penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) melalui gerakan awal dan asalnya iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam PAS sendiri. Akhirnya sekarang ini mereka yang dahulu berjuang seperti adik beradik, sekarang sudah menjadi musuh yang nyata.

Rasanya hampir semua parti politik yang ada di Malaysia pernah berlaku fenomena ini sejak dari dahulu lagi. Tidak kiralah sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

Lihat balik sejarah, apabila krisis paling teruk dialami UMNO pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, kumpulan yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 (S46) setelah beliau tewas tipis dan kecewa kepada Dr Mahathir dalam perebutan jawatan Presiden UMNO pada 1987. Kini S46 sudah berkubur. Begitu juga dengan MCA (GERAKAN), MIC (IPF), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP – semuanya ada sejarah tersendiri, jangan mahu pura pura suci.

Masalah penubuhan parti baharu atau serpihan inilah menjadikan BN kini dianggotai berbelas parti dan kini jumlahnya 13, tetapi separuh berada di Sarawak dan Sabah. Ini kerana BN itu sendiri agak ‘accommodative’ dan menerima keanggotaan parti baharu/serpihan dengan alasan takut kehilangan kerusi/pengundi.

Parti kedua terbesar dalam BN selepas UMNO, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) juga mempunyai parti serpihan – PERMAS yang kini sudah terbubar dan ditubuhkan selepas krisis paling teruk PBB pada 1987.

Namun, yang paling bersejarah adalah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) hingga lahir parti ‘cucu cicit piut’. SNAP yang pernah melahirkan Ketua Menteri pertama Sarawak (1963/1966) tetapi krisis kepemimpinan pada 1983, menyebabkan puak yang tewas diketuai Tan Sri Leo Moggie menubuhkan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Bila PBDS berkrisis, lahir pula Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan kemudian tertubuh Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), dan tiga tahun lalu, tertubuh sekali lagi parti serpihan iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Kini, TERAS adalah parti ‘mesra BN’. Satu lagi parti ‘mesra BN’ di Sarawak kini ialah Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti serpihan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Parti Negara ditubuhkan beberapa bulan sebelum pilihan raya pertama negara pada 1955 oleh Datuk Onn Jaafar kerana bercanggah pendapat dalam isu menuntut kemerdekaan dari Britain.

DAP juga tidak terkecuali dengan penubuhan Socialist Democratic Party (SDP) pimpinan bekas Ahli Parlimen Menglembu, Fan Yew Teng. Begitu juga di Sabah apabila Berjaya yang ditubuhkan oleh Datuk Haris Salleh hanya muncul seketika untuk menggantikan USNO.

Kini kedua-duanya lenyap dan UMNO bertapak kukuh di Negeri di Bawah Bayu. Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) adalah serpihan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Serpihan PAS seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) hanya wujud seketika di pentas politik tanah air.

Kini kita hanya tunggu dan lihat sahaja apa nasib Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAN, Parti Bebas Rasuah dan lain-lain parti pembangkang yang ditubuhkan hanya atas dasar benci dan kecewa kepada parti asal mereka.

Kerana sejarah sudah buktikan bahawa mana-mana parti yang lahir atas serpihan ini pasti akan terkubur dengan sendirinya. Maka tak mustahil semua ini akan berlaku. PPBM mungkin akan hilang arah apabila Dr Mahathir sudah tiada lagi di muka bumi ini satu hari nanti, PAN pula mungkin akan tersasar arah tujuan dan akhirnya menjadi sebahagian dari tuan mereka iaitu DAP. Manakala parti kecil seperti Parti Bebas Rasuah ini rasanya tiada perkara yang harus diperdebatkan. Tidak mustahil, mereka akan ‘mati sebelum berjuang’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana