FAKTA : MALAYSIA SEDANG BERKEMBANG PANTAS, DR M & KIT SIANG TAK PUAS HATI?

Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 5 April 2017

Perangkaan baru sahaja disiarkan hari ini menunjukkan Malaysia sedang berkembang dengan pantas sekarang – yang menyokong pertumbuhan yang cepat sejak suku ketiga tahun lepas. Januari juga menunjukkan pertumbuhan yang sangat baik.

Jika ini berterusan, Malaysia akan “terpaksa” menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK untuk 2017 – yang pastinya akan membuatkan Mahathir dan Kit Siang tidak berpuas hati.

Eksport Malaysia pada bulan Februari melonjak 26.5% kepada RM71.77 bilion – bulan keempat berturut-turut di mana eksport melebihi RM70 bilion – melebihi tinjuan Bloomberg iaitu pertumbuhan sebanyak 15.1% – kerana permintaan dari China meningkat pada kadar yang lebih cepat.

“Eksport ke China meningkat sebanyak 47.6% kepada RM9.57 bilion, disebabkan oleh kenaikan eksport barangan E&E, produk petroleum, bahan kimia dan produk bahan kimia, product getah, gas asli cecair (LNG), dan juga minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit,” katanya.

Lebihan dagangan adalah sebanyak RM8.71 bilion, yang merupakan bulan ke-232 yang mencatatkan lebihan dagangan sejak November 1997.

Pada asas dari bulan ke bulan, eksport meningkat sebanyak 2.1%, manakala import dan jumlah dagangan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 3.8% dan 0.7%.

Jumlah dagangan Malaysia pada bulan Februari 2017 meningkat sebanyak 27.1%, mencapai RM134.83 bilion daripada setahun yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana