Ezam 'rampas' parti orang nak tunjuk hebat...

Semuanya sudah terbongkar... apa punya kepala bana, konon nak tunjuk hebat, langkah pun silap.

Parti Bebas Rasuah (PBR) yang ditubuhkan Datuk Ezam Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan didakwa tidak sah kerana ‘merampas’ daripada parti asal, Parti Generasi Baru dengan membuat pertukaran nama tanpa persetujuan kepimpinan asal parti itu.

Presiden Parti Generasi Baru, Datuk G. Kumar mendakwa, tindakan itu didalangi bekas Setiausaha Agungnya, S. Gobi Krishnan setelah beliau digantung keahlian bulan lalu dengan bertindak sesuka hati membelakangi perlembagaan parti menubuhkan jawatankuasa baharu tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat selain tanpa persetujuan lebih 300 ahli.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjalankan siasatan lanjut kerana secara terang-terangan melanggar undang-undang agensi itu.

“Gobi yang kononnya Pengasas PBR itu telah membuat keputusan sendiri dan membelakangkan saya selaku presiden parti yang sah dan tidak pernah meletak jawatan.

“ROS perlu siasat bagaimana perkara ini berlaku. Penukaran nama kepada PBR tidak mendapat persetujuan ROS sendiri sedangkan mereka menyalahgunakan parti ini untuk menghentam kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Agung Sementara Parti Generasi Baru, Mohamad Zaini Jaafar dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Pada 17 Mac lalu, Mohd. Ezam mengumumkan penubuhan sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Bebas Rasuah bersama Khai­ruddin dan beberapa lagi aktivis.

Kumar turut mengesyaki Gobi telah membuat penipuan bahawa mesyuarat berhubung penukaran nama parti itu sudah dibuat sedangkan tidak ada kehadiran mana-mana perwakilan atau kepemimpinan tertinggi hadir ke mesyuarat itu.

Katanya, lebih menyedihkan, ahli jawatankuasa baharu itu telah membuat pengumuman secara terbuka bagi menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP, sedangkan Parti Generasi Baru yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013 merupakan parti yang menyokong penuh kerajaan dan Barisan Nasional (BN) demi memupuk perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Saya langsung tidak mengenali individu bernama Ezam dan Khairuddin ini dan saya amat hairan bagaimana mereka boleh mengguna pakai nama parti ini dan mendakwa diri mereka Presiden dan Timbalan Presiden dengan mengutuk dan mengeluarkan kenyataan negatif terhadap kerajaan.

“Saya juga amat kesal kerana parti ini telah disalahgunakan sebagai satu platform untuk menyerang Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Zaini mempersoalkan kredibiliti Mohd. Ezam yang merupakan seorang ahli politik berpengalaman dan pernah memimpin sebuah parti yang berjuang menuntut keadilan, tetapi bertindak mengambil jalan singkat semata-mata demi mencapai agenda politik peribadinya.

Katanya, beliau sepatutnya membuat kaji selidik latar belakang parti itu sebelum mengambil alih apa-apa jawatan.

Sementara itu, Mohd. Ezam dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan akur terhadap segala keputusan ROS selepas ini.

“Kami punya alasan untuk mempercayai bahawa dakwaan itu berniat jahat dan didalangi pemerintah.

“Kami serahkan kepada ROS untuk membuat keputusan akhir mengenai dakwaan-dakwaan tersebut dan berjanji akan akur kepada apa sahaja keputusan. Perjuangan akan tetap diteruskan sama ada bersama Parti Generasi Baru atau platform lain,” katanya dalam kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana