Dr. Asri mohon maaf salah faham maksudnya

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini memohon maaf kepada orang Hindu yang “tersalah faham” maksud “puisi Jumaat” yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan orang bukan Islam.

“Perkataan dalam puisi ialah MEMPERTUHANKAN bukan menyembah seperti yang diubah oleh sesetengah pihak,” kata Asri, yang membesarkan huruf sebagai penekanan kepada pembaca Facebooknya.

“Dalam bahasa Melayu antara makna ‘mempertuhankan’ ialah mengagungkan secara berlebihan. Ini seperti seseorang menyebut ‘dia mempertuhankan nafsu’ maksudnya dia melebihkan nafsu atas segala.”

“Kepada bukan Islam yang tidak terbabit dengan isu ini khususnya penganut agama Hindu yang tersalah faham maksud puisi saya itu, saya secara ikhlas mohon maaf kepada mereka.”

Perkataan “mempertuhankan” di Pusat Rujukan Persuratan Melayu membawa maksud menganggap (memuja) sesuatu sebagai tuhan, atau memperdewakan sesuatu, misalnya pemikiran yang memperdewakan harta seperti fahaman kapitalis.

Asri semalam menurunkan “puisi Jumaat” yang menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” daripada laman Facebook rasminya.

“Puisi” itu juga mempertahankan “pendakwah” kita, tanpa menyebut namanya.

Asri hari ini sekali lagi mempertahankan sasarannya ialah tindakan kerajaan India yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi.

Dalam serangannya, Asri memetik beberapa perkara yang dikaitkan dengan agama Hindu seperti “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda”.

Beliau turut menyentuh mengenai Zakir Naik, dengan berkata Zakir mempunyai pandangan berbeza namun “itu bukan alasan dia dituduh terroris dan kena dihantar ke BJP (parti kerajaan) di India”.

Zakir dikehendaki pihak berkuasa India untuk disoal siasat berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Asri berkata beliau akan mengaturkan suatu dialog dengan orang bukan Islam dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana