DAP TUNJUK BAHAWA PARTI ITU ADALAH ‘ABANG’ BILA PPBM BERI CADANGAN

PPBM ingin menunjukkan bahawa parti berkenaan boleh menyumbang kepada pakatan yang disertai olehnya apabila mencadangkan nama ‘Barisan Rakyat’ sebagai nama baru bagi pakatan berkenaan namun telah ditolak begitu sahaja tanpa sebarang nama lain yang dicadangkan.
Bagi kumpulan-kumpulan parti yang menyatakan bahawa mereka perlu bersedia dengan segera bagi menghadapi PRU ke 14 yang bakal diadakan, perkara ini adalah aneh terutamanya mereka sepatutnya menunjukkan bahawa mereka adalah benar-benar sepakat.
Jadi mengapa nama berkenaan ditolak, dan mengapa nama lain tidak dicadangkan?
Mungkin penjelasan yang mudah adalah Pakatan Harapan ingin mengekalkan ‘status quo’ walaupun mendakwa sebaliknya. Walau apa pun yang didakwa, imej Pakatan Harapan, sama ada di kalangan penentang mahupun penyokongnya adalah satu pakatan yang diketuai oleh DAP. Perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Najib di dalam Perhimpunan UMNO baru-baru ini.
PPBM, terutamanya Mahathir sedar bahawa selagi nama Pakatan Harapan dikekalkan, persepsi ini tidak dapat dikikiskan. Cadangan nama baru ini diberikan adalah bagi membersihkan persepsi ini dan seterusnya memberikan imej bahawa pakatan baru ini tidak dikuasai oleh DAP yang majoritinya disokong oleh kaum Cina. Secara tidak langsung, jika nama yang dicadangkan oleh PPBM digunakan, parti berkenaan akan kelihatan mempengaruhi halatuju pakatan tersebut.
Tapi DAP ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, tidak memberikan laluan kepada PPBM adalah satu tindakan yang logic.
Anthony Loke dari DAP telah menyatakan “Dalam Pakatan Harapan tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar dalam Pakatan.”
Malangnya, Anthony Loke tidak bercakap sejujurnya. Walaupun di dalam Pakatan Harapan tiada ‘abang’, tetapi di dalam pakatan berkenaan, DAP adalah tokong dan semua parti lain perlu tunduk.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana