DAP SUDAH TUNJUKKAN CARA MEREKA TADBIR KERAJAAN…

ANTARA yang menjadi penyebab kenapa Pakatan Harapan asyik melontarkan fitnah dan menjatuhkan imej baik Kerajaan Barisan Nasional (BN) disebabkan mahu melindungi cerita pembohongan dan salah laku mereka dalam mentadbir.

Sebagai contoh terbaru, bagaimana kita dapat lihat Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Setiausaha Agung mereka iaitu Lim Guan Eng sekali lagi tidak menghiraukan janji kepada rakyat dengan menaikkan caj air di negeri itu dengan kenaikan mendadak melebihi 100 peratus.

Pada tahun 2011, Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan surcaj air sebanyak 24 peratus dengan alasan mudah mereka iaitu bagi mengurangkan pembaziran.

Harga baharu itu tidak bertahan lama, apabila pada tahun 2013, sekali lagi Guan Eng menaikkan surcaj air kepada rakyat Pulau Pinang. Kali ini lebih membebankan rakyat apabila kenaikan itu mencecah dua kali ganda iaitu sebanyak 48 peratus juga menggunakan alasan yang sama.

Dua tahun selepas itu sekali lagi parti yang selalu mengkritik Kerajaan BN kununnya suka menaikkan harga barang, telah bertindak menambah caj tarif air kediaman sebanyak 16.7 peratus dan 8.18 peratus bagi pengguna komersial juga dengan alasan yang sama iaitu tidak mahu pembaziran berlaku.

Akhirnya dua tahun selepas itu iaitu tahun ini, sekali lagi Guan Eng menggunakan ‘kuku besinya’ untuk membebankan rakyat dengan menaikkan surcaj lebih dua kali ganda kepada RM1 atas alasan mudah, mahu mengurangkan pembaziran.

Inilah kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan. Mereka telah menunjukkan cara mereka mentadbir sesebuah kerajaan kepada kita walaupun hanya di peringkat negeri. Tetapi, inilah juga cara yang mereka akan gunakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya menakluk Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Bagi netizen yang amat bencikan kerajaan sedia ada atas alasan kos sara hidup yang tinggi, maka apakah pilihan yang anda ada selain Kerajaan BN? Adakah anda mahu memilih dan mengangkat Pakatan Harapan sebagai kerajaan? Sedangkan mereka sudah menunjukkan cara mereka mentadbir di Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana