DAP KENCING 1.6 JUTA PENDUDUK PULAU PINANG

Jika dilihat sikap pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, mereka sering mengelak bertanggungjawab atas apa yang dilakukan atau kenyataan yang dikeluarkan mereka.

Ini dapat dilihat apabila Pemuda Gerakan Negeri Pulau Pinang menyelar tindakan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat sengaja membelakangi Seksyen 11 (2) Enakmen Hak Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010.

Menurut Ketua Pemuda UMNO negeri, Jason Loo, kerajaan negeri melalui Timbalan Setiausaha Pembangunan, Dr. Mohamad Farazi Johari memberi alasan kesemua dokumen tidak boleh didedahkan kerana perlu dibaca bersama perjanjian asal dan pemegang konsesi projek itu tidak bersetuju mendedahkannya.

Untuk itu, Jason berkata beliau bersama peguam dan beberapa ahli parti akan memfailkan representasi rayuan kepada Lembaga Rayuan berhubung permohonan mengakses maklumat projek bernilai lebih RM46 bilion itu pada minggu hadapan.

Jika permohonan itu masih gagal, katanya, mereka tidak teragak-agak membawa kes ini ke mahkamah kerana kerajaan negeri dilihat terus berkeras dengan menyembunyikan fakta projek tambak laut daripada pengetahuan umum.

Jason yang kecewa dengan prosedur Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) semasa permohonan dibuat mendakwa, pihak berkuasa tempatan itu sengaja melengah-lengahkan permohonannya yang mewakili lebih 1.6 juta penduduk negeri yang masih keliru tentang keluasan projek tambakan laut.

“Semasa saya membuat permohonan mengakses maklumat projek itu, petugas MBPP tidak berjaya menyelesaikannya de­ngan cepat malah keliru siapa individu atau bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan permohonan itu,” ujarnya.

Di samping itu, beliau juga mengingatkan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya selama ini mengamalkan konsep keterbukaan untuk tidak berselindung daripada rakyat kerana setiap projek dibangunkan di negeri ini melibatkan wang mereka.

“Berhenti beri alasan projek tersebut tidak boleh didedahkan kerana di bawah perakuan berkanun atau pemaju tidak bersetuju mendedahkannya selain perjanjian utama projek dan tambahan tidak bersifat terbuka,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana