DAP JOHOR MENGAMUK DITUDUH SEBAGAI PARTI TAHI OLEH PAS

Dek kerana tidak dapat terima digelar ‘anak butir tahi PAP (Parti Tindakan Rakyat) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini parti DAP pula mahu melabel PAS sebagai ‘anak butir taik UMNO’ kerana lahir atas nama Persatuan Islam Se-Malaya semasa Persidangan Alim Ulamak Malaya anjuran UMNO.

Tak cukup dengan itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali yang nyata tidak berpuas hati dengan gelaran itu, malah menyuruh Abdul Hadi menyedari bahawa tohmahan tersebut juga boleh terpakai kepada partinya sendiri.

“PAS lahir pada tahun 1951 atas nama Persatuan Islam Se-Malaya semasa Persidangan Alim Ulamak Malaya yang dianjurkan oleh UMNO.

“Pengerusi Jawatankuasa Penajanya Haji Ahmad Fuad Hassan merupakan individu yang pernah memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa penasihat agama UMNO.

“Sebaik sahaja PAS sah didaftarkan, beliau menjadi yang dipertua pertama parti itu,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia menggelar parti rasis dan cauvinis DAP sebagai “anak butir taik PAP”.

“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

“Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana