DAP AKAN ULANGI PROPAGANDA JAHAT MENJELANG PRU...DARI DULU LAGI

Pemimpin-pemimpin dalam kalangan DAP sentiasa memainkan kontroversi sensitif dan membuat propaganda jahat terhadap pemimpin, kerajaan dan negara.

Salah satu propaganda jahat mereka ialah akan mendakwa pada Pilihanraya Umum akan datang bakal menjadi pilihanraya ‘paling kotor’ dalam sejarah. Ini bermakna pada setiap lima tahun, DAP khususnya Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya akan mengulangi dakwaan ini. Jika kita melihat semula dakwaannya ini bagi tempoh tiga dekad lalu, setiap pilihanraya dituduhnya sebagai paling kotor dalam sejarah.

Tuduhan ini hanyalah salah satu propaganda lazim yang dilaungkan pembangkang untuk mencetuskan ‘ketidakadilan’ di kalangan pengundi.

Satu lagi propaganda yang kerap digunakan LimKit Siang bertahun lamanya ialah Malaysia akan menjadi negara yang gagal atau bankrap maka semua perlu mengundi mereka kononnya bagi ‘Menyelamatkan Malaysia.’

Lim Kit Siang dan DAP sudah bercakap nada yang sama sejak tahun 60an lagi. Malah pada 1978, Kit Siang turut menulis sebuah buku berjudul ‘Bom Jangka di Malaysia’ di mana dia memberi amaran kononnya Malaysia akan bankrap dan menjadi negara gagal tidak lama lagi.

Tahun depan adalah 2018 dan menjadi tahun ke-40 bagi tuduhan Kit Siang yang tidak berasas ini. Hakikatnya yang perlu ditelan Lim Kit Siang dan DAP, bukan sahaja Malaysia tidak bankrap malah kita dapati pemimpin DAP semakin kaya, termasuk anaknya yang menaiki kereta Mercedes S-Class dan tinggal di banglo seluas 10,500 kaki persegi bernilai jutaan ringgit di sebuah kawasan eksklusif di Pulau Pinang.

Malaysia sebenarnya tidak perlu ‘diselamatkan’ oleh DAP. Mereka hanya mahir membuat propaganda palsu, dari berdozen-dozen dakwaan, yang digunakan oleh DAP untuk menjulang imej pemimpin mereka dan untuk mendapatkan publisiti yang semestinya dengan niat hanya mahu menjatuhkan kerajaan dengan dakwaan palsu mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana