CARA DIPLOMASI NAJIB MENYELESAI KRISIS DAN YAKINKAN NEGARA ASING

Syukur Alhamdulillah. Sembilan rakyat Malaysia akhirnya selamat tiba di tanah air selepas kira-kira tujuh minggu mereka dihalang daripada meninggalkan Korea Utara.
Kepulangan mereka adalah tanda bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji yang dibuat beliau sebelum ini, iaitu untuk membawa pulang rakyat Malaysia dalam keadaan selamat meskipun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang seketika.
Ternyata kaedah diplomasi yang diambil oleh Najib ini telah memberikan pengakhiran yang baik kepada ketegangan dan kebimbangan ramai mengenai nasib rakyat Malaysia di Korea Utara sebelum ini.
Tiada pergaduhan atau kehilangan jiwa berlaku sebaliknya ia selesai dengan baik. Jika kita lihat kembali kepada kaedah diplomasi yang diambil Perdana Menteri selama ini, memang ternyata beliau berjaya menyelesaikan dengan cekap.
Selain kes melibatkan Korea Utara ini, kita lihat bagaimana Najib berjaya mengembalikan keamanan di selatan Filipina apabila Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.
Begitu juga dengan kejayaan Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengharamkan penempatan Israel di wilayah Palestin. Isu penindasan terhadap etnik Rohingya juga sedang diperjuangkan oleh Malaysia.
Itu dalam hubungan diplomasi. Dalam aspek ekonomi pula, Najib berjaya membawa masuk pulangan pelaburan yang besar dari China dan Arab Saudi. Dengan China, kita berjaya mengikat perjanjian bernilai RM144 bilion manakala Arab Saudi pula, syarikat minyaknya, Aramco telah melabur sebanyak RM30 bilion di Pengerang.
Minggu ini, Najib ke India pula. Lawatan Perdana Menteri ke India itu akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India yang sudah terjalin sejak 60 tahun lalu. Ia juga bakal membawa masuk pelaburan yang besar dari negara berkenaan.
Semua itu dicapai tatkala beliau diserang oleh pembangkang dari segenap sudut. Dari isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hinggalah kepada sumbangan derma RM2.6 bilion daripada Arab Saudi, pembangkang seperti tidak puas untuk menumbangkan beliau.
Najib berjaya membersihkan namanya. Isu 1MDB telah selesai hasil siasatan pihak berwajib dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Begitu juga dengan sumbangan derma politik RM2.6 bilion, yang telah disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi sendiri.
Disebabkan faktor-faktor inilah portal kewangan antarabangsa FinanceAsia telah mengiktiraf Najib sebagai antara 12 Menteri Kewangan Terbaik di Asia. Beliau berjaya membawa masuk pelaburan besar dan pada masa sama berjaya menguruskan kewangan dengan baik.
Contoh sedia ada adalah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Arab Saudi dan India kini mengikut langkah Malaysia memperkenalkan. Ternyata langkah yang diambil adalah untuk kepentingan negara, mengatasi populariti.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment