Buat Maluuuu Lah !!!!!! Tan Sri cuba rasuah Sultan Johor direman

Individu yang dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung penganugerahan pingat, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk perintah reman kira-kira jam 9.30 pagi tadi. 
 
Ahli perniagaan berumur 54 tahun bergelar Tan Sri itu hadir ke mahkamah berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga dan diiringi tiga pegawai SPRM. 
 
Sebaik tiba, suspek menutup muka dengan baju yang dipakai dan terus dibawa ke dewan mahkamah. 
 
Suspek menyerah diri kepada SPRM selepas beberapa jam diarah berbuat demikian. 
 
Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan pingat. 
 
Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana