Bila TS Pandikar Amin Mulia Memerintah!!!


Sebaik saja mendengar hujah sokongan daripada MP Kota Bharu YB Takiyuddin..TS Speaker memberitahu dewan yg mulia bahawa selama 9 tahun beliau menjadi Speaker Dewan Rakyat yg mulia ini..hari ini adalah hari yg bersejarah..kerana hari ini barulah beliau boleh menggunakan kuasanya selaku Speaker Dewan Rakyat dgn sepenuhnya serta pada hari ini juga beliau baru benar2 faham dengan RUU355.
Sebelum ini beliau masih samar2 tentang apa itu RUU355. Namun setelah mendengar pembentangan yg dibuat oleh MP Maran YB TGHH dan hujah sokongan yg dibuat oleh MP Kota Bharu..barulah beliau memahami RUU355 dengan jelas.
TS Speaker sempat menitipkan satu kata2 hikmat yg dipetik daripada seorang tokoh politik di Sabah yg beliau masih ingat sampai ke hari ini iaitu.."Ketika anda sedang mempunyai kuasa..andalah POWERFUL..ketika anda tidak mempunyai kuasa..maka anda adalah BLOODY FOOL!!! Jadi dengan kuasa yg beliau miliki..maka beliau menangguh sidang parlimen dan perbahasan akan disambung pada sidang parlimen akan datang. Serentak dengan pengumuman itu maka berbondong2 la MP2 dari Pakatan Harapan bangkit membantah sambil memaki marah Speaker.
Speaker dengan selamba ja bangun keluar dari Dewan Rakyat tanpa sedikit pun melayan kerenah2 MP2 Pakatan Harapan. MP Shah Alam YB Kahlid Samad adalah MP yg paling poyo dan kurang ajar sekali. Dengan lantang beliau memekik mengatakan sidang hari ini hanya untuk UMNO dengan PAS saja.
Kemudian beliau memaki PENAKUT berulangkali sambil dikuti MP2 PH yg lain. Kemudian ada yg memekik AYAM,BACUL dan pelbagai kata nista yg lain. MP UMNO dan PAS rilek saja. Hanya tersenyum sambil sesekali MP Baling perli secara sinis. Nampaknya bersungguh2 Ahli2 Parlimen dari Pakatan Harapan meroyan membantah RUU355 ini. Sedangkan RUU355 ini hanyalah untuk perkuatkan sistem Mahkamah Syariah saja dan orang bukan Islam takdak kena mengena pun dgn RUU355 ini.
Mungkin bagi orang Islam PPBM,PKR dan PAN merasa takut dengan RUU355 ini kerana bimbang dikenakan hukuman yg lebih berat lagi jika mereka ditangkap kerana melakukan kesalahan syariah.
Apa2 pun hari ini orang Islam boleh lihat dan menilai sendiri pendirian Ahli - Ahli Parlimen daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM.
Masih tergamak lagikah hgpa nak beri undi kepada Ahli2 Parlimen dari DAP, PKR, PAN dan PPBM pada PRU14 nanti?
Jika perkara seperti RUU355 pun mereka bersungguh2 melawan dan menentang..apatah lagi jika melibatkan perkara2 yg lebih besar lagi dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia!
Akhir kata..hari ini TS Pandikar Amin Mulia memang benar2 PADU! Dengan mudah beliau mematahkan hujah2 penentang2 RUU355. Dalam kias..dalam senyum..tapi tegas maknanya..beliau berjaya memastikan TGHH membentangkan RUU355 di Dewan Rakyat penuh mulia ini.
TS Pandikar Amin Memerintah!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana