Bertambah Panasss!!!!! Lantik kroni dan hala tuju parti kabur…500 ahli PPBM Rembau keluar parti

Belum apa-apa sudah kalut.Ini baru dalam peringkat penubuhan namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan sudah goyang dan retak.

Rasa tidak puashati terhadap dakwaan amalan kronisme dalam lantikan jawatan serta hala tuju parti yang agak kabur telah mendorong 500 ahli parti itu di bahagian Rembau ‘angkat kaki’.

Mereka berkumpul beramai-ramai di Pejabat Penajaan PPBM Bahagian Rembau Rabu malam untuk umum keluar parti.

Siapa yang tidak angin satu badan bila melihat orang yang tidak buat kerja dapat jawatan manakala yang giat aktif terpinggir.

Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan itu mendakwa pelbagai kepincangan wujud dalam parti berkenaan.

Beliau menyuarakan rasa tidak puashati terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden dan timbalannya Datuk Seri Mukhris yang didakwa telah melantik kroni-kroni mereka pegang jawatan penting sedangkan mereka tidak buat kerja.

Mohd Anas beri contoh di bahagian Rembau, Haji Bakri yang merupakan kroni Muhyiddin dilantik sebagai ketua bahagian.

"Kami berusaha menggerakkan parti ini di peringkat awal dengan keringat dan wang ringgit sendiri, selain mencurahkan masa serta tenaga untuk memastikannya berjaya.

"Tetapi kami kecewa apabila tiba waktu sepatutnya untuk melantik ketua bahagian dan jawatankuasa, kami yang bertanggungjawab memulakan gerakan ini dipinggirkan," katanya.

"Kita keluar parti berkuat kuasa malam ini, serta-merta," tegasnya dalam sidang akhbar di situ.

"Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM Rembau lumpuh 99 peratus,"katanya lagi.

Beliau mendakwa ada kira-kira 1,000 lagi ahli di bahagian Rembau dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.

Langkah ini akan diikuti di bahagian-bahagian lain seluruh Negeri Sembilan.

Mohd Anas tidak yakin PPBM mampu menghadapi pilihan raya umum dengan keadaan seperti yang dihadapi di peringkat bahagian itu.

Katanya kumpulan mereka akan mengadakan siri jelajah di seluruh Negeri Sembilan untuk dedah kepincangan PPBM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana