BERANIKAH PPBM, PKR, PAN TEGUR KIT SIANG? CABAR SHAHAR

Cubaan Pakatan Harapan terutamanya DAP yang beriya-iya membantah dan Rang Undang-undnag Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 menunjukkan keseluruhan senario hipokrasi DAP teradap Islam dan orang Melayu.
Ini juga membuktikan kebenaran dakwaan bahawa Lim Kit Siang yang mengepalai bantahan tersebut merupakan ‘de factor leader’ atau orang paling berkuasa dalam Pakatan Harapan apabila PPBM, PKR atau PAN terpaksa ‘menikus’ atau berdiam diri dalam isu RUU 355.
Jika benar DAP bukan parti yang menguasai pembangkang, saya cabar PPBM, PKR dan PAN untuk menegur tindakan Kit Siang yang tidak putus-putus melakukan provokasi terhadap agama Islam dengan yang terbaru melalui RUU 355.
Kebiadapan Kit Siang yang bangun sebelum sempat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin memberi izin kepada Abdul Hadi juga menggambarkan bagaimana beliau boleh menghina dewan parlimen yang patut dihormati demi menentang institusi syariah umat Islam.
Bukan itu sahaja, tindakan keras pemimpin PKR bukan beragama Islam yang melanggar keputusan parti mereka untuk mengiktiraf hak Abdul Hadi menandakan bagaimana kedudukan Islam dalam pakatan pembangkang.
Jika selepas apa yang DAP buat ini belum membuka mata umat Islam dan orang Melayu di negara ini mengenai betapa mereka membenci dan berdendam dengan agama dan bangsa kita, saya berasa sangat kecewa.
Tindakan DAP cuba memecahbelahkan kaum majoriti iaitu Melayu untuk laluan mudah menerajui negara akan menjadi lebih mudah, kerana kita terlalu mudah dimanipulasikan parti cauvanis itu tanpa memikirkan kesan kepada nasib bangsa dan generasi muda nanti.


SHAHAR ABDULLAH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana