BELUM APA-APA LAGI ‘ABANG KAWASAN’ SUDAH BERI AMARAN PADA ‘CAP BUNGA’?

Belum pun selesai masalah pembahagian kerusi di antara parti-parti Pakatan Harapan, nampaknya parti ‘cap bunga’ sudah diberi amaran awal untuk tidak mengada-ngada meminta kerusi lebih pada PRU ke-14 nanti.

‘Abang kawasan’ sudah awal-awal lagi sudah memberi peringatan supaya yang bermimpi untuk mengambil alih mana-mana kerusi yang dimenangi PKR dan PAN. Malah katanya, mungkin paling banyak pun parti ‘kanyaq’ itu hanya akan dapat 50 hingga 6o kerusi sahaja dari 222 kerusi yang dipertandingkan.

Lebih memedihkan ‘ulu hati’, sempat lagi ‘abang kawasan’ sindir supaya jangan tunjuk ‘besar kepala’ dalam Pakatan Harapan. Jika mahu apa-apa, mereka perlu bincang dulu dengan ‘ayahanda-ayahanda’. Malah, mereka diingatkan supaya jangan haraplah dapat mendominasi Pakatan Harapan sebagai UMNO yangmenjadi tunjang dalam BN!

Itu baru ‘abang kawasan’ saja yang beri amaran. Belum lagi ‘ayahanda-ayahanda’ berbunyi. Jika ‘ayahanda’ berbunyi dari Sungai Buloh, mungkin lebih perit telinga. Apatah lagi jika ‘maharaja’ bertitah, boleh meraung menangis tidak berlagu mereka dibuatnya…

Dari amaran ‘abang kawasan’ itu, nampaknya PKR dan PAN dianggap lebih besar dan utama berbanding parti ‘cap bunga’. Mungkin ia diukur dari sudut senioriti dan latar belakang mereka yang sememangnya sering ‘kowtow’ kepada ‘titah maharaja’ dan ‘putera mahkota’.

Jadi, penulis harap puak-puak ‘cap bunga’ itu sedar diri tentang kedudukan mereka yang hanya dipandang bagai ‘melukut di tepi gantang’ di dalam Pakatan Harapan. Jika tidak sedar diri juga, maka terimalah akibatnya kelak.

Hanya 50-60 kerusi saja yang akan diberi? Berapa kerusi Parlimen dan Dun? Semuanya kerusi Parlimen? Dari jumlah itu, berapa Parlimen yang boleh ‘cap bunga’ menang? Siapa pula calon yang bakal bertanding? Ramai sangatkah pemimpin ‘boleh menang’ dalam parti baru itu?

Parti ‘cap bunga’ hanya ada satu kerusi parlimen dan 1 kerusi Dun sahaja sekarang. Itupun mereka menang atas tiket UMNO pada PRU yang lalu. Dengan keadaan parti yang kini dilanda masalah keluar parti secara besar-besaran, cuba ukur kekuatan ‘cap bunga’.

Realistiknya pada hemat penulis, jika ‘pengerusi’ buat ‘come back’ bertanding sekali pun pada PRU ke-14 nanti, mungkin hanya 3 kerusi saja yang boleh menang. Itupun Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden belum tentu menang, bukan?

Mana parti ‘cap bunga’ mahu cari sampai 50-60 ‘winnable candidate’? Ada lagi pemimpin yang berpengaruh dalam parti mereka yang sama taraf atau hampir sama kuat pengaruhnya dengan ketiga ‘dewa’ mereka itu? Berapa kerusi agaknya boleh menang?

Jadi pada pandangan penulis, tidak perlulah terlalu berlagak hebat sangat di depan rakyat. Belajarlah dari pembangkang yang lebih senior seperti Anwar. Dia ‘makan garam’ lebih awal. Dia yang gah melawan ‘maha-firaun’ pun hanya menang 1 kerusi saja dulu, bolehkah ‘cap bunga’ menang lebih dari 3 kerusi?

Bukanlah penulis mahu rendahkan semangat parti ‘cap bunga’. Tapi realistiklah sedikit. Jika rakyat biasa boleh nampak, takkanlah lulusan universiti luar negara tidak boleh ‘baca’ apa yang bakal berlaku pada PRU ke-14 nanti, kan?

Oleh itu, penulis harap supaya parti ‘cap bunga’ itu kembali merujuk kepada’ayahanda-ayahanda’ di dalam Pakatan Harapan jika ada kemusykilan. Selepas itu, barulah boleh dibawa usul berkenaan ke peringkat ‘maharaja’. Jangan memandai-mandai, nanti kena tarik telinga baru padan muka…
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment