Baru Rakyat Tahu Siapa Kah Mereka Yang Sebenarnya.....Apa Akan Terjadi Sekiranya Mereka Ada Kuasa Nanti?

Alhamdulillah ,buat pertama kalinya setelah sekian lama tertangguh, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dibentangkan di Dewan Parlimen. Usul ini akhirnya dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang. Ketika sebahagian besar rakyat Malaysia yang beragama Islam bersyukur selepas hampir 30 selepas ia dipinda pada tahun 1988, akhirnya satu usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah bakal dapat diperkasakan. Kejayaan ini dapat dicapai jika semua ahli parlimen beragama Islam merentasi ideologi politik dan fahaman dapat bersatu hati menyokong usaha ini. Disebalik usaha untuk memperkasakan RUU 355 ini, wujud satu kelompok golongan wakil rakyat yang begitu lantang mengkritik dan menentang usaha ini.

Situasi ini wajar dilihat dan diamati oleh kita semua. Supaya akhirnya kita dapat membezakan bagaimana jarum-jarum halus yang bertopengkan hak asasi manusia dan demokrasi hadir untuk memecah belahkan keutuhan dan perpaduan umat Islam. Suka atau tidak, akhirnya kita perlu bersetuju tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sesi perbahasan RUU 355 akhirnya membuka luas mata kita semua bahawa wujud satu kelompok ahli parlimen di blok pembangkang bagai cacing kepanasan yang cuba menggagalkan RUU 355 ini.

Rakyat Malaysia menjadi saksi apabila betapa bersungguhnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah cuba melengahkan masa dengan mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Plot penentangan terancang untuk mengagalkan segala usaha ini semakin menonjol apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli-Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, Alor Setar, Gooi Hsiao-Leung dan Padang Serai, N Surendran Nagarajan bingkas bangun mengecam tindakan Speaker membenarkan usul RUU 355 ini dibentangkan.

Penentangan oleh wakil rakyat bukan Islam blok pembangkang tidak mengejutkan, sebaliknya penentangan dan tindakan ahli parlimen bukan Islam di blok pembangkang yang begitu lantang menolak usul ini sesuatu yang sangat mengejutkan. Penentangan ini sekali gus membuktikan bahawa wujudnya manusia yang bertopengkan khalimah syahadah di sebalik nama seorang muslim. Ketika wakil rakyat beragama Islam Barisan Nasional bangkit menghuraikan pelbagai hujah menyokong pemerkasaan RUU 355, pemimpin seperti Khalid Samad, Rafizi Ramli dan beberapa yang lain pula bukan sahaja tidak menyokong, sebaliknya cuba mempolitikan serta memperkotak katikkan usaha pemerkasaan ini. Ketika selesai sahaja Tan Sri Speaker menangguhkan sidang kali ini, kelompok pemimpin ini lah yang beraksi seperti wakil rakyat yang tiada pedoman; menjerit sana sini dan menghuru harakan parlimen sama seperti riuhnya sebuah Zoo. Contoh dan akhlak apa yang mereka ini bawa?

Lakonan dan pekung Pakatan Harapan ini semakin terserlah apabila Rafizi Ramli melalui sidang media menjelaskan bahawa beliau kecewa kerana sidang ini ditangguhkan atas faktor pertama kalinya dalam hidup beliau meyediakan teks ucapan bertulis untuk berhujah berkenaan RUU 355. Ini sudah jelas terbukti bahawa niat dan agenda Rafizi yang bersedia dengan teks bertulis, tidak lain hanyalah mahu mengagalkan pemerkasaan mahkamah syariah di negara ini. Pakatan Harapan menggambarkan seolah-olah orang bukan Islam akan terjejas dengan RUU 355 dan ia akan memberi tanggapan yang negatif kepada orang Islam sendiri. Persoalanya, bagaimana orang bukan Islam mahu memahami RUU 355 ini, jika wujud orang Islam seperti kamu yang bukan sahaja tidak menyokong RUU 355 tetapi bercakap dan berpendirian seolah-olah seperti seorang penganut Buddha, Kristian dan Hindu yang menentang usaha ini.

Akhirnya RUU 355 memberi peluang dan ruang kepada kita sebagai umat Islam untuk melihat dan menerangkan dengan sebaiknya kepada sahabat dan kenalan kita yang bukan Islam bahawa ia sama sekali tidak melibatkan mereka. Ia tanggungjawab kita semua merentasi ideologi dan fahaman politik. Ia juga medan terbaik untuk kita melihat bahawa Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP akhirnya berjaya memperalatkan pemimpin Islam di dalam konsensus Pakatan Harapan mengikut telunjuk mereka. Kepada Rafizi Ramli, Khalid Samad, Mujahid Rawa, Datuk Johari Abdul dan pemimpin Islam Pakatan Harapan, semoga Allah tidak hilangkan hidayah dari hidup kamu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana