Awas…TPM Zahid beri kuasa penuh pada PDRM hapus sindiket dadah macam Presiden Filipina

Kerajaan sudah set untuk perangi habis-habisan sindiket dadah ekoran meningkatnya statistik jenayah yang berkaitan dengannya kebelakangan ini.
 
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi Sabtu beri kuasa penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘ untuk lakukan apa saja’ dalam tindakan mereka.
 
Beliau mahu mereka perangi sindiket dadah seperti Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tetapi tidak caranya (yakni gerakan polis membunuh pengedar dan penagih).
 
"Lakukanlah apa saja, asalkan tak ikut seperti Duterte, tapi hapuskan seperti Duterte, " katanya.
 
Beliau menyatakan demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Ke-24, di Subang Jaya.
 
Zahid kata kerajaan memandang serius terhadap statistik yang menunjukkan 55.4 peratus kegiatan jenayah di negara ini, tahun lalu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah. 
 
Katanya, perangkaan itu menyaksikan peningkatan mendadak berbanding 2015, iaitu 48 peratus manakala 2014  sebanyak 42 peratus. 
 
"Saya bagi kuasa sepenuhnya kepada PDRM diketuai Tan Sri Khalid Abu Bakar  untuk tumpaskan sindiket dadah, khususnya memberkas 'king' kegiatan ini.,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana