Armada Serangan AS Semakin Hampir, Pyongyang Ulangi Amaran...Akan Tergugat lah Ekonomi Seluruh Dunia

Korea Utara mengulangi amaran untuk melancarkan perang berskala penuh dengan menggunakan senjata nuklear ketika armada serangan tentera laut Amerika Syarikat (AS) semakin hampir tiba di Semenanjung Korea.

Ketegangan antara Korea Utara dan AS semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu susulan ujian peluru berpandu Pyongyang yang mengundang kecaman dan amaran daripada pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

Menurut Naib Presiden AS, Mike Pence, armada serangan tentera laut AS yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson akan tiba di Laut Jepun dalam tempoh beberapa hari lagi selepas lokasi kumpulan kapal itu menjadi mencetuskan tanda tanya.

Armada tentera itu sepatutnya tiba di kawasan perairan berdekatan Korea Utara pada minggu lalu susulan kebimbangan terhadap tindakan Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam.
Namun tentera laut AS berkata, kumpulan penyerang itu yang belayar dari kawasan perairan Singapura, menuju ke Australia untuk mengadakan latihan dengan tentera laut negara tersebut.
Bagaimanapun tindakan AS menghantar armada serangan terbabit tidak menggentarkan Korea Utara, sebaliknya Pyongyang terus memberi amaran bahawa perang akan tercetus jika Washington meneruskan provokasi berkenaan.

"Kini kami memiliki senjata nuklear untuk melindungi kedaulatan negara daripada ancaman nuklear AS dan kami akan bertindak balas dengan melancarkan perang berskala penuh dan perang nuklear.
"Kami akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran dengan AS," lapor Al Jazeera yang memetik kenyataan Kementerian Luar Korea Utara.

Pyongyang akan menyambut ulang tahun ke-85 penubuhan Tentera Rakyat Korea pada Selasa dan dikhuatiri akan mengadakan ujian peluru berpandu atau nuklear seperti kebiasaannya sebelum ini.
Pada hari yang sama juga, Korea Utara selesai menjalankan latihan ketenteraan musim sejuk manakala Korea Selasa dan AS juga menamatkan latihan ketenteraan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana