Apa macam Rafizi?…Nasharudin kata dakwaan terima dana SRC fitnah

Rafizi Ramli bukan main punya nak gambarkan dakwaannya cukup kukuh terhadap Datuk Nasharudin Mat Isa.

Selain buat sidang akhbar Rabu Ahli Parlimen PKR kawasan Pandan itu juga buat surat akuan bersumpah dakwa bekas Timbalan Presiden PAS itu ada terima dana dari bekas syarikat subsidari IMBD yakni SRC International.

Untuk mencuri perhatian beliau anggap ia satu salah laku yang serius sekiranya pemberian dana itu untuk menutup mulut PAS dalam isu 1MDB.

Nasharudin menjadi Timbalan Presiden PAS dari tahun 2005 hingga 2011 bila beliau tewas pada Mat Sabu.

Beliau dipecat dari PAS pada Januari 2013.

Beliau dilihat sebagai tokoh parti itu yang mahu lihat perpaduan antara PAS dan UMNO.

Nasharudin kini mengetuai  Global Movement of Moderates (GMM) yang dibentuk oleh kerajaan untuk promosi gerakan kesederhanaan.

Apapun kehangatan dakwaan Rafizi tidak panjang umur.

Awal petang Jumaat,Nasharudin mengeluarkan kenyataan media tiga perenggan menafikan dakwaan Rafizi.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang berniat jahat terhadap dirinya dan PAS.

Kata Nashrudin beliau sedia beri kerjasama disiasat oleh SPRM dan akan ambil tindakan undang-undang dan apa yang wajar terhadap dakwaan itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment