Anda Nampak Tak Ni!!!! Saya terkejut Azmin bercakap soal moral... - Khalid Ibrahim

Saya tidak pernah menyimpan harapan untuk Datuk Seri Mohamad Azmin Ali meminta maaf kepada saya setelah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tiada salahlaku dan salahguna kuasa mahupun konspirasi di lakukan dalam pemberian wang pampasan kepada tujuh pegawai apabila mahkamah menolak saman Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) untuk mendapatkan kembali wang pampasan tersebut.
Walaupun beliau serta kartel upahannya sentiasa mencanangkan perkara tersebut demi memberi imej buruk terhadap saya dan mahkamah telah memutuskan sebaliknya, sejujurnya saya tidak terkejut apabila beliau dengan gah memberitahu media bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada saya berdasarkan sikap yang beliau tunjukkan sejak menerajui kerajaan negeri.
Namun saya agak terkejut apabila beliau cuba menyentuh soal moral ketika menyatakan pendirian berkenaan keputusan mahkamah itu.
Saya berasa pelik dan hairan bagaimana beliau mahu menggunakan elemen moral setelah gagal membuktikan tuduhan beliau melalui proses mahkamah.
Suka saya nyatakan kepada Dato’ Menteri Besar bahawa sikap moral hendaklah digunapakai secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pengurusan negeri.
Jika beliau kononnya mengenakan nilai moral yang tinggi di dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7juta, beliau juga perlu mempunyai sikap yang sama dalam hal yang lain termasuk dalam isu yang jauh lebih besar yakni pembayaran kepada SPLASH.
Saya ingin bertanya adakah ianya bermoral bagi seorang Menteri Besar (MB) itu bersungguh-sungguh untuk mendapat kembali wang pampasan RM2.7 juta kepada bekas pegawai namun bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran RM3 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta?
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB membelanjakan ratusan juta ringgit membayar juruperunding undang-undang dan kewangan serta jurunilai semata-mata mahu menyediakan satu laporan yang menjustifikasikan lebihan bayaran kepada SPLASH?
Adakah ianya bermoral bagi beliau selaku MB mengalihkan beban kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 billion kepada SPLASH?
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB yang sengaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula “bulk service rate” terhadap SPLASH sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu penyelesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?
Dan adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?
Dalam pada saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan di atas, saya yakin Menteri Besar Selangor tidak berani untuk berdepan dengannya.
Dalam isu moral dan pembayaran ke atas Splash hingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, saya yakin pimpinan dari PAS dan mungkin UMNO boleh membincangkan dengan mendalam dan terperinci.
Rakyat Selangor memang menyokong MB dan kepimpinan negeri jika berpandukan kepada rating yang dikeluarkan Agensi yang dibiayai kerajaan negeri, justeru adalah menjadi tanggungjawab moral bagi MB memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor dan berhenti mengisi tembolok syarikat konsesi apatah lagi jika mengamalkan sikap tidak bermoral dengan menyelam sambal meminum air dengan turut sama menikmati habuan laba.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana