ALHAMDULILAH.....3,000 MOHON MASUK UMNO DALAM SEMINGGU SEBAB PERANGAI MAHATHIR

DALAM serangan demi serangan tidak pernah putus dilakukan ke atas Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, rupanya disebalik itu semakin ramai yang bertindak bersimpati dan bertambah yakin dengan kerajaan.

Buktinya, ketika membentangkan jumlah terkini keahlian parti Umno, Setiausaha Kerja parti itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh juga rasa terkejut apabila Umno menerima 3,000 permohonan dalam tempoh seminggu akhir bulan lalu.

Kebiasaannya menurut Ab Rauf, Umno sekadar memperoleh permohonan dalam jumlah sekitar 200 hingga 300 seminggu melalui dalam talian, namun kali ini ia benar-benar di luar jangkaan.
Pemerhati melihat fenomena di luar jangka ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama yang mempengaruhi corak kepercayaan dan ‘mood‘ rakyat Malaysia untuk berpolitik.

Antaranya mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang acapkali menyerang Perdana Menteri tanpa sebarang bukti dan tindakan DAP yang dikatakan rasis, anti Islam serta dipimpin oleh diktator.

Kemuncak kepada penolakan rakyat di negara ini terhadap pembangkang adalah bilamana Dr Mahathir mengumum untuk bersekongkol dengan DAP dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, atau PPBM.

Apa yang dicanang dan diperhebohkan dalam media sosial hanyalah segelintir dari jumlah rakyat Malaysia yang tidak menyukai kepimpinan sedia ada.

Itupun kata pemerhati ia bukan kerana Najib tidak bagus dalam mentadbir kerajaan dan parti, sebaliknya rakyat khususnya di media sosial terlalu percaya kepada sumber-sumber berita propaganda dari pihak yang cuba untuk mensabotaj fakta sebenar.

Sekiranya rakyat diberi penerangan yang betul beserta fakta yang nyata, tidak mustahil akan lebih ramai rakyat di media sosial menunjukkan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Najib serta Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana