Alamak...biar gambar bicara...Lepas Confirm Menafikannya

Bukan sekali, bukan dua kali tetapi sudah beberapa kali gambar-gambar intim dua individu yang menyerupai dua pemimpin muda DAP, seorang ahli parlimen di Pulau Pinang seorang lagi yang disebut-sebut ikon wanita muda Melayu dalam DAP tersebar.

Dua-duanya mempunyai nama Islam.

Ramai yang geleng kepala... kalau benarlah gambar yang didakwa itu memang orangnya ia tentu boleh mencetuskan pelbagai andaian.

Salah satu tentunya orang bertanya apakah level ikon wanita muda Melayu dalam DAP... takat jadi 'penyedap' saja.

Sudah lama mereka berdua digosipkan bersama tapi sejak petang Selasa empat gambar tanpa tarikh yang tersebar di media sosial menimbulkan cakap-cakap mengenai kelakuan ' tidak wajar' di tempat awam yang merupakan 'taboo' kepada ahli politik.

Mereka dilihat duduk di meja di sebuah restoran dengan sekurang-kurangnya dua orang lain.

Wanita berambut panjang dan berpakaian warna hitam kelihatan menyandarkan kepalanya di bahu lelaki berkenaan manakala tangan lelaki itu dibahunya dengan jari mereka terjalin.

Foto lain menunjukkan mereka dalam kedudukan yang sama, bercium.

Gambar lain adalah wanita itu minum dari gelas besar yang boleh cetuskan andaian ia adalah wain.

Ramai orang berkongsi foto dalam kumpulan chat media sosial dan laman web serta beri macam-macam komen mengenai gelagat iniu.

Sementara itu, bekas calon DAP pada pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dalam komennya kepada sebuah akhbar mendakwa pilihanraya semakin hampir menyebabkan beliau sering diserang secara peribadi.

"Ini serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya," demikian tulisnya ketika ditanya mengenai gambar mesra bersama seorang lelaki mirip Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tular di media sosial.

"Saya anggap pilihanraya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.

"Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mahu MP DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari tampil membuat penjelasan berhubung beberapa gambar intim lelaki mirip beliau bersama seorang wanita mirip Dyana Sofya.

Menurut Huan kedua-dua individu terbabit wajar tampil memberi penjelasan bagi mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat.

"Mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat mengenai ketulenan gambar itu sama ada ia memang mereka atau sebaliknya.

"Mereka boleh menjelaskan jika keseluruhan gambar itu terhasil daripada teknik 'photoshop' atau disebarkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Zairil gagal dihubungi untuk memberikan komen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana