Akuan Bersumpah Rafizi lawan Akuan Bersumpah Chegubard

Lawan buat Akuan Bersumpah (SD) untuk menegakkan apa yang didakwa masing-masing sebagai 'kebenaran'.

Ini PKR vs PKR... antara leftenan kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rafizi Ramli dan anak saudara Anwar (berdasarkan perkahwinan) Badrul Hisham Shaharin AKA Chegubard.

Topik utamanya adalah dana... Rafizi buat SD dana PAS, Chegubard yang digantung PKR selepas melawan Datuk Seri Azmin Ali buat SD dana PKR.

Chegubard membuat SD menuduh PKR menerima dana jutaan ringgit daripada jutawan bernama John Soh.

Dakwaan beliau itu sebelum ini tidak dijawab oleh Rafizi dan SD dibuat bagi membuktikan kebenaran ke atas tuduhannya.

Badrul Hisham atau dikenali Chegubard itu dalam SD tersebut berkata, langkah tersebut diambil bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan tersebut dan sedia diambil tindakan jika ia tidak benar.

“Akuan ini dibuat bagi membersihkan nama saya dan mengiikrarkan semua yang saya tulis dalam artikel berkenaan adalah benar.

“Saya terbuka untuk disiasat dan diambil tindakan jika mana-mana bahagian dalam akuan berkanun saya ini salah dan menipu. Saya membuat akuan ini dengan bertanggungjawab sepenuhnya berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960,” kata Badrul Hisham dalam SD tersebut bertarikh 17 April.

Dalam artikel terdahulunya pada 11 April bertajuk “Tiba-tiba nama John Soh diseru ketika dia dipenjara”, Badrul Hisham mendesak supaya PKR menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.

“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.

“Malah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau.

Tujuan artikel tersebut ditulis oleh Badrul Hisham adalah bertujuan membangkitkan kenyataan Rafizi yang enggan menjawab tuduhan dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berhubung dana PKR yang disumbang oleh John Soh.

Rafizi sebelum ini juga membuat tuduhan terhadap Pas berhubung sejumlah dana yang disalurkan kepada bekas pemimpin tertinggi parti Islam itu, Datuk Nasharuddin Mat Isa yang sudah pun dinafikan.

Susulan pengakuan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menyindir Rafizi bahawa PKR juga ada menerima dana daripada individu luar dengan menggunakan pendedahan dibuat oleh Badrul Hisham itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana