Aktivis Peter Chong Yang 'Hilang' Pulang Ke Tanah Air....Apa Kejadahnya Hilang...Akhirnya Balik Jugak

Pembangkang Malaysia kepala hotaknya dikatakan hilang...kononnya nak tuduh pada pihak kerajaan lah.Akhirnya Aktivis berada di Thailand...kini balik ke Malaysia.Agak agak lah...ingat kerajaan Malaysia jahat sangat...?

Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu, tiba di tanah air selepas memasuki Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitternya @kbab51 pada Ahad memuat naik dua gambar aktivis sosial itu berbaju kemeja-T biru dan seluar pendek, dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"“Syabas @PDRMsia Kuala Lumpur. Peter Chong yang 'hilang' pulang dari Pattaya, tengah hari ini," katanya.

Minggu lalu, Khalid berkata, polis mempunyai bukti aktivis itu menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam pada kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat lalu, dan tiada rekod beliau kembali ke Malaysia.
Chong hilang tidak lama selepas mengemaskini halaman Facebooknya pada 31 Mac lalu mengenai pertemuan dengan seorang lelaki yang tidak dinamakan.

Chong yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa sehingga 2015 berkata, beliau diberi amaran oleh seorang penunggang motosikal supaya berhati-jati kerana ramai orang hilang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana