Adam Rosly kini suspek kes pengubuhan wang haram dan AMLA - SPRM

 Ingat lagi isu Datuk Adam Rosly, Ketua Pemuda PKR Bahagian Ampang Jaya yang pernah riuh pada tahun lalu didakwa oleh ketua gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos kaya ‘ lain macam’  telah ditahan SPRM untuk siasatan mengenai kes kekayaanya.

Dia ditahan pada 3.30 petang Khamis sejam selepas disoalsiasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahan itu berkata, Adam disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Beliau ditahan pada pukul 2.30 tengah hari tadi di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

“Penahanan adalah atas kuasa pihak menyiasat. Dalam kes ini kami merasakan ada keperluan untuk menahan beliau bagi membantu siasatan, selepas mendapat keterangan lain sebelum ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Adam, 28 digari dan disoal siasat untuk beberapa jam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya Khamis.

Adam hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 2.30 petang, Khamis untuk kenyataannya direkodkan bagi kali kedua.

Azam berkata SPRM akan membuat permohonan reman terhadap Adam esok.

“Kami tidak menolak kemungkinan (Adam) direman esok. InsyaAllah permohonan reman akan dibuat.

“Apabila ditahan, beliau kini dianggap sebagai suspek bagi kes ini,” katanya.

Pegawai khas kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilihat memakai baju batik oren dan sempat melayan jurugambar media sebaik memasuki pejabat suruhanjaya itu.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam yang merupakan pegawai khas kepada Ahi Parlimen PKR Amang Jaya Zuraida Kamaruddin menafikan dia kaya menerusi salah laku bila Jamal membuat dakwaan mengenainya termasuk membuat tinjauan banglonya mengunakan helicopter.

Dakwa Adam dia memperolehi kekayaan menerusi perniagaan yang sah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana