Ada Hati Ezam Nak Bertanding Lawan Najib DiPekan.....Baik Cermin Diri Sendiri Dahulu Lah

Pakatan Harapan sepatutnya mempertikaikan integriti kedua-dua pemimpin Parti NewGen iaitu Mohamad Ezam Mohd Nor dan Khairuddin Abu Hassan yang disifatkan sekadar ‘haiwan politik’  yang menumpukan kuasa semata-mata.

Kata Penganalisis politik Profesor Datuk Dr Ramlah Adam, gabungan pembangkang tersebut lebih jelas tentang latar belakang kedua-dua mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap dan sanggup melakukan apa juga demi mencapai matlamat.

“Mereka ini tidak konsisten dalam perjuangan. Tidak nampak perjuangan sebenar.

“Mereka memang ‘haiwan politik’ yang memang boleh buat apa sahaja untuk dapat kuasa, itu teori yang nampaknya mereka buktikan.

“Mereka ini mahukan kuasa, perjuangan yang mereka cakap satu nampak sangat ada yang tidak kena.

“Pakatan Harapan perlu pertikai intergriti mereka, tengok latar belakang mereka, boleh dipercaya atau tidak mereka ini tidak ada kesetiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penubuhan parti baru yang terbaru telah menyerahkan borang permohonan untuk menjadi salah satu lagi parti komponen Pakatan Harapan.

Pada awalnya, penubuhan parti tersebut adalah untuk menarik lebih banyak pengundi di kalangan generasi muda dalam masa sama menentang Perdana Menteri Najib Razak.

Matlamat Presidennya Ezam pada awalnya untuk bertanding di kerusi Pekan manakala Khairuddin selaku Timbalan pula berhasrat untuk menandingi Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani bagi Parlimen Titiwangsa.

Selepas menyerahan borang permohonan kepada Pakatan Harapan, Khairuddin memberi jaminan tidak akan meminta sebarang kerusi daripada Pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis itu lagi, Khairuddin dan Ezam boleh memilih untuk tidak berada dalam mana-mana parti politik jika ikhlas mahu menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sementara itu Ramlah yakin parti itu tidak akan berjaya menarik generasi muda khususnya untuk menentang Najib dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya Parti NewGen akan menjadi sia-sia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana