ADA BERANI KAH!!!! MENANG BERGAYA: DARI JADI BATU API, APA KATA ZAM MAIDIN SENDIRI DEBAT DGN NAZRI?

PENULIS difahamkan sudah ada pihak mengisytihar Mahathir menang bergaya bila debatnya dengan Datuk Sri Nazri Aziz di Shah Alam 7 April ini dibatalkan pihak polis atas isu-isu keselamatan.
Ini baru pertama kali penulis dengar orang menang (bergaya pulak lagi) dalam “pertandingan” yang dibatalkan pihak ketiga.  Kok nak menang tanpa bertanding pun, dalam banyak hal ia adalah disebabkan lawan menarik diri, bukan sebab dibatalkan orang lain.
Apa pun, memandangkan sudah 2 kali debat ini dibatalkan sebab faktor keselamatan terutama keselamatan  Mahathir itu agaknya, kenapa tidak orang yang membuat pengisytiharan itu (Zam Maidin) sendiri yang berdebat dengan Nazri?
Boleh Zam Maidin menunjukkan kehebatannya yang tak nampak selama ini, asyik jadi batu api saja tak kemana juga kalau diri sendiri pun tak boleh buat apa.  Kali terakhir penulis tahu Zam Maidin ini popular bila sebuah media antarabangsa (dan kemudian dipopularkan Pembangkang), isytiharnya sebagai Menteri Penerangan paling bodoh, isumya apa entah tapi bodoh itulah kata kuncinya.
Lagipun, debat ini tentang Mahathir dan 1MDB semata-mata, rakyat tidak ada kena mengena – maka sesiapa pun boleh ganti Mahathir.  Buktinya, masa 1MDB banyak hutang pun rakyat macam itu, masa 1MDB takde hutang (jangka pendek) macam sekarang pun, rakyat macam itu juga.  Lainlah bila skandal Forex melesapkan RM 30 billion duit rakyat dibawah Mahathir dulu, ramai rakyat susah bila krisis ekonomi 1997 (yang disebabkan olehnya) melanda.
Atau macam skandal BMF dimana seorang rakyat kita terbunuh dan RM 1 billion duit Petronas (aka duit rakyat) digunakan untuk menyelamatkan syarikat itu.
1MDB ini tidak ada apa yang menyebabkan kesusahan kepada rakyat.  Sama macam GST jugak.  Gebang saja bung bang sana sini, buktinya satu pun tak boleh tunjuk dengan bagaimana ia menyusahkan rakyat jelata dan ekonomi negara.
Jadi, kalau susah sangat dengan Mahathir ni, biar Zam Maidin yang ganti.  Isunya bukan siapa yang berdebat tapi apa yang diperdebatkan.  Lepas itu rakyat boleh tentukan siapa menang bergaya ke tidak.
Ini setakat declaration syok sendiri, apa ada?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana