Ada Berani Kah!!!! Hello Rafizi... Anwar penjenayah seksual tak mahu jarakkan diri ke?

Apakah ini sebahagian taktik 'pukul anak, sindir menantu'... selepas pakar strategi PKR, Rafizi Ramli berkata parti itu mengambil tindakan 'menjarakkan diri' dari dari kemelut yang membelenggu Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly.

Menurut Rafizi, parti perlu memutuskannya segera selepas isu membabitkan pemimpin muda itu dijadikan modal oleh musuh politik mereka untuk turut sama mengheret nama PKR.

"Oleh itu, satu tindakan yang menjarakkan PKR sebagai parti dari kemelut peribadi Saudara Adam Rosly ini perlu diputuskan segera terutamanya dalam keadaan PRU14 boleh dipanggil pada bila-bila masa.

"Oleh sebab itu juga, saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan mengusulkan supaya satu tindakan diambil yang boleh menjarakkan kemelut peribadi beliau dari mengheret PKR dan Pakatan Harapan.

"Sama ada melalui keputusan bersama kepimpinan PKR untuk membolehkan beliau (Saudara Adam Rosly) 'bercuti' dari jawatan parti sehingga kes beliau selesai, atau melalui kaedah Lembaga Disiplin seperti yang disuarakan oleh Datuk Seri Azmin Ali, Timbalan Presiden," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, bos Rafizi Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan banduan bagi kesalahan jenayah seksual dan masih menerima sokongan daripada PKR.

Apakah parti itu mengamalkan dua jenis peraturan iaitu untuk Anwar dan orang lain?

Adam, 28, pada Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasa beliau.

Beliau didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pemimpin muda itu dibebaskan selepas membayar wang jaminan RM300,000.

Sebutan kes beliau ditetapkan pada 29 Mei ini.

Dalam pada itu, Rafizi mengulangi pendiriannya mengenai keperluan untuk Adam mengisytiharkan harta secepat mungkin bagi menjernihkan keadaan.

"Ada perbezaan di dalam parti apabila ada yang beranggapan beliau tidak perlu mengisytiharkan harta kerana tidak menjawat sebarang jawatan kerajaan.

"Saya telah menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana piawai moral dan keamanahan yang dipegang PKR mestilah lebih tinggi dari parti-parti lain.

"Sama ada seseorang itu menjawat jawatan awam atau tidak, seseorang yang memegang jawatan parti tidak boleh dilihat mengumpul kekayaan yang tidak boleh diterangkan kepada rakyat.

"Maka, jika kekayaan itu dikumpul secara sah dan tanpa melibatkan kepentingan awam, saya yakin mana-mana pimpinan dalam parti ini boleh mengisytiharkan harta dengan mudah," katanya lagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana