Abdul Hadi Serius Mahu Rakyat Pilih UMNO Atau PAS Pada PRU14

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara serius meminta rakyat Malaysia memilih parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk terus menjadi kerajaan memerintah Malaysia.

Abdul Hadi Awang percaya parti baru pimpinan Tun Mahatir Mohamad, PPBM tidak akan menggugat kuasa politik UMNO di negara ini.

“Kuasa politik orang Melayu adalah dengan PAS dan Umno. Jika mana-mana pihak ingin untuk mentadbir Malaysia mesti memilih PAS atau Umno.

“Kami sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu bersama dengan PAS, keadaan ini adalah untuk menerima Islam,” katanya dalam satu temu bual halaman penuh yang diterbitkan dalam edisi Ahad akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Dalam temubual Utusan itu, Abdul Hadi turut ditanya mengenai PAS dan hubungan dengan UMNO kerana kerajaan kononnya telah memberi laluan untuk Rang Undang-Undang Persendirian (RUU355) di Parlimen dan mengenai persepsi bahawa kedua-dua parti politik mempunyai pakatan rahsia.

Hadi menjawab “kami (Pas dan Umno) tidak berperang 24jam adakalanya kita berkerjasama,” kata beliau.

PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk ke arena politik untuk menarik undi orang Melayu pada PRU nanti.

Kaum Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia dan parti tradisi kaum berkenaan di Malaysia adalah UMNO dan PAS.

Persepsi jahat UMNO dan PAS sedang bersekongkol apabila kerajaan seolah-olah memberikan laluan kepada Abdul Hadi ketika membentangkan RUU berkenaan yang memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah yang kali terakhir dipinda pada sekitar tahun 80-an.

Paling lantang ialah DAP apabila mereka menuduh PAS selama ini bersikap tidak baik terhadap mereka kerana mahu bekerjasama UMNO serta tidak mementingkan pakatan kerjasama yang sebelum ini iaitu Pakatan Rakyat (PR). 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana