YANG KELIRUKAN RAKYAT ADALAH PEMBANGKANG – PENGANALISIS POLITIK

Survival Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti serpihan UMNO menjelang pilihanraya umum (PRU) masih gagal menyakinkan rakyat.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir (gambar), pembangkang dilihat masih terumbang-ambing serta mengelirukan rakyat, disebabkan perjuangan berteraskan ideologi parti masing-masing.

Meskipun matlamat kesemua parti pembangkang adalah sama iaitu menewaskan Barisan Nasional, namun masalah besar mungkin berlaku jika berjaya menawan Putrajaya selepas PRU-14 nanti.

“Jangan cakap saya, rakyat sendiri tak nampak hala tuju pembangkang sebab masing-masing nak tonjolkan ideologi mereka dengan tertubuhnya banyak parti serpihan,” katanya .

Pada Jumaat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Ezam Mohd Nor mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baru yang menyasarkan Generasi Y serta membasmi rasuah.

Khairuddin dilaporkan berkata parti itu bakal didaftarkan pada minggu hadapan.

Mengulas mengenai parti baru ciptaan Ezam serta Khairuddin itu, Salawati juga melihat rakyat bakal menjadi mangsa akibat kegelojohan demi nafsu semata.

“Nak suruh rakyat pilih macam mana? Saya tak rasa parti baru akan sertai PH

“Rakyat sebenarnya hanya ingin tahu parti mana yang boleh membela rakyat dan tak bagi masalah sangat kepada mereka. Itu sahaja,” tegasnya lagi.

Bagaimanapun Salawati berkata terlalu banyak penubuhan parti serpihan, juga menunjukkan pembangkang tidak mampu menjadi utuh seperti parti kerajaan.

“Kita boleh lihat perbezaan, UMNO dan BN digasak macam mana pun, tetap utuh sebagai parti yang dilihat masih ada kesatuan dalam banyak perkara, hanya sedikit masalah terpencil, bagaimanapun tidak mencacatkan parti berkenaan.

“Tetapi PH? satu per satu masalah dalaman parti berlaku, tidak tambah lagi dengan penubuhan parti serpihan,” katanya lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment