Wowwwww!!!!! Tawaran hadiah RM10,000…buktikan Lim Kit Siang diktator 51 tahun

Pertandingan bertajuk Lim Kit Siang dikatakan rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator : Adakah Benar?  dianjurkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi mendapatkan bahan tambahan daripada orang ramai terhadap isu tersebut.
 
Menurut Annuar, hadiah wang bernilai RM10, 000 akan diberikan kepada pemenang yang berjaya membuktikan tajuk berkenaan menerusi laman sosial instagram, penulisan blog dan sebagainya.
 
"Saya bercadang nak buat pertandingan kepada sesiapa yang boleh buat instagram, penulisan blog atau apa-apa bentuk yang bertajuk  Lim Kit Siang dikatakan rasis, anti Islam, dan 51 tahun diktator. Adakah benar?
 
"Pertandingan ini terbuka sehingga akhir bulan Mei. Saya akan beri RM10, 000 sebab bahan itu ia akan membantu saya untuk mendapat maklumat lebih lanjut," katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen pada Khamis.
 
Katanya ia boleh dihantar ke pejabatnya di ibupejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 
Tambahnya, bahan yang boleh digunakan termasuklah ucapan Penasihat DAP itu di dalam sidang Dewan Rakyat, ucapan dan bahan sahih yang diperolehi daripada mana-mana sumber.
 
"Tujuan saya buat pertandingan ini adalah untuk mendapat bahan daripada orang ramai yang ada kaitan dengan apa yang saya tuduh kepada beliau. Ini bukan main kanak-kanak. Saya serius, sebab itu apa yang saya cakap di Parlimen, saya ulangnya di luar kerana saya dicabar," katanya.
 
Sebelum ini, Annuar mengulangi kata-katanya bahawa Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik sambil mencabar Penasihat DAP itu mendakwanya di mahkamah jika apa yang disebutkan itu tidak benar.
 
Dakwaan tersebut dibuat berdasarkan beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Kit Siang merupakan seorang rasis.
 
Sebagai tindak balas kepada cabaran Annuar, Kit Siang memberikan gelaran bapa segala rasis kepada Annuar selepas Ketua Penerangan UMNO itu menggelarnya sebagai seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik.
 
Kit Siang berkata, Annuar bertindak memberi pelbagai gelaran kepadanya kerana berada dalam keadaan terdesak dan tertekan berikutan isu Mara yang sedang dihadapinya, selain untuk mencari populariti menjelang pemilihan Presiden FAM.
 
"Kami semua ahli politik. Dia bebas untuk bercakap apa sebab diakhirnya rakyat akan tahu kebenaran...apa yang saya cakapkan...saya dah sebut apa yang saya patut sebut..biar org ramai menilai...saya sebut berdasar fakta bersama saya..," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana