Wowww Ini Panasss Ni!!!!! Debat Annuar Musa VS Lim Kit Siang pula…

Annuar Musa seorang yang Hebat berpidato ada berani kah Lim Kit Siang nak berdebat dengan Anuar Musa?Admin confirm tidak berani yer nya untuk menghadapi semuanya ini.

Sekumpulan NGO Selasa tampil menyatakan kesediaan untuk mengaturkan majlis debat di antara  Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ekoran ‘ tembak menembak’ cabar-mencabar hangat  soal rasis antara mereka termasuk dalam sidang Dewan Rakyat kebelakangan ini. 
 
Pengarah Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), Dr. Ammar Hassan berkata, pihaknya telah menghantar jemputan kepada kedua-dua belah pihak berhubung majlis tersebut.
 
Beliau mendakwa telah mendapat kesediaan daripada Annuar untuk menyertainya namun masih menunggu jawapan rasmi daripada Kit Siang.
 
"Saya telah menghantar pesanan kepada Annuar dan beliau menyatakan kesediaan berhubung majlis ini. Cuma kita sedang menunggu persetujuaan daripada pihak Kit Siang. Kita berharap dan yakin kedua-dua pemimpin parti ini menerima jemputan ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusa Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 
Menurut Ammar, idea penganjuran majlis debat ini tercetus susulan daripada pertikaman lidah yang berlaku di antara Annuar dan Kit Siang di persidangan Dewan Rakyat 15 Mac lalu.
 
"Debat ini diadakan bagi mendengar penjelasan dan pendirian kedua-dua belah pihak. Kami berharap kedua ahli politik ini dapat menghadirkan diri untuk bersemuka dan menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan," katanya.
 
Antara NGO yang terlibat menganjurkan majlis debat ini ialah Buletin Rakyat, Pertubuhan Pembela Nasib Melayu dan Gabungan NGO Malaysia.
 
Sebelum ini, Annuar di dalam persidangan Dewan Rakyat mengulangi kata-katanya bahawa Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik sambil mencabar Penasihat DAP itu mendakwanya di mahkamah jika apa yang disebutkan itu tidak benar.
 
Dakwaan tersebut dibuat berdasarkan beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Kit Siang merupakan seorang rasis.
 
Sebagai tindak balas kepada cabaran Annuar, Kit Siang memberikan gelaran bapa segala rasis kepada Annuar selepas Ketua Penerangan UMNO itu menggelarnya sebagai seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik.
 
Kit Siang berkata, Annuar bertindak memberi pelbagai gelaran kepadanya kerana berada dalam keadaan terdesak dan tertekan berikutan isu Mara yang sedang dihadapinya, selain untuk mencari populariti menjelang pemilihan Presiden FAM.
 
Tambah Ammar, pihaknya mencadangkan debat yang bertajuk "Lim Kit Siang Pengamal Politik Rasis, Diktator dan Anti Islam" diadakan pada akhir bulan April dan PWTC menjadi lokasi.
 
"Kami akan turut meminta permit pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan debat ini bagi memastikan kelancaran majlis," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment