‘Warm up’ Nazri-Dr Mahathir menjelang debat 7 April…

Datuk Seri Nazri Aziz memang ada stail tersendiri yang memang lain dari yang lain.Tidak ramai orang politik yang ada karektor ‘ lain  macam’ sepertinya.

Beliau pernah selamba berjalan berpimpin tangan dengan Lim Guan Eng macam adik beradik semasa majlis perasmian Rainbow Skywalk atas menara Komtar di Pulau Pinang tidak lama dulu.

Mereka berdua pernah berpeluk diatas pentas dalam majlis.

Jangan lupa….Otai DAP,bapa Guan Eng yakni Lim Kit Siang pernah menjadi rakan lepak tetapnya beliau di ruang rehat bangunan Parlimen semasa menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga urusan Parlimen dulu.

Mereka kerap dilihat lepak berdua,bersembang,bertepuk tampar macam tidak ada apa-apa hal.

Namun dalam ruang sidang Dewan Rakyat lain sekali senarionya.

Ketika perbahasan mereka berdiri atas kedudukan rasmi masing-masing.Nazri sebagai menteri yang pertahan kerajaan dan Kit Siang pembangkang.

Mereka ‘berperang’ sakan sebelum kemudian di luar boleh duduk balik minum kopi bersama sambil gelak ketawa.

Mereka yang cukup faham dengan rentak Nazri pasti tidak terkejut bila melihat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ini tampil duduk sebelah Tun Dr Mahathir Mohamad sambil kena cendol dan laksa di Lembah Sayong di tebing Sungai Perak di Kuala Kangsar petang Sabtu.

Senario itu sudah tentu mencuri perhatian ramai kerana kedua mereka bakal naik pentas untuk berdebat di pejabat akhbar Sinar Harian di Shah Alam pada 7 April ini.

Sebaliknya jika tidak ada masalah dari segi permit polis satu negara pasti sudah menyaksikan debat antara mereka yang asalnya ditetapkan pada jam 3 petang Sabtu,semalam di MSRM Kuala Kangsar di Pandang Rengas.

Sebelum tampil bertemu Dr Mahathir di Lembah Sayong,Nazri bersama sekitar 50 penyokongnya telah ‘berkampong’ selama sekitar sejam setengah di depan sekolah itu menunggu kehadiran bekas Perdana Menteri itu.

“Saya menunggu kedatangan Tun di sini sejak 1.30 petang kerana tidak mahu pengikut dia tangkap gambar mengatakan saya tidak datang.

“Saya tunggu beliau datang sampai petang. Kalau Tun Mahathir datang saya sambut beliau,” kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menjelaskan aksinya itu.

Aksinya bersebab.

Di luar sana khususnya di media sosial ada puak yang galak sebar seolah Nazri takut nak berdepan dengan bekas Perdana Menteri itu.Ada juga yang mendakwa pembatalan debat di MRSM Kuala Kangsar,Sabtu satu sandiwara.

Dr Mahathir memang ada jadual lawatan ke kawasan Padang Rengas atas kapisitinya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu.

Ia bagi menghadiri Bicara Rakyat Bersatu parti itu Batu 29 di Jalan Kota Lama Kiri di Kuala Kangsar pada jam 8.30 malam.

Walaupun mereka berdua tidak banyak berbual sepanjang sekitar 25 minit duduk bersama sambil makan di Lembah Sayong,Nazri telah membuktikan cakapnya bahawa tidak ada ketegangan yang akan timbul jika beliau bersemuka dengan Dr Mahathir.

Pertemuan sejenak berkenaan sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Ikut cakap Nazri beliau sudah tidak bertemu dengan Dr Mahathir sejak lima tahun yang lampau.

Satu dunia tahu Nazri adalah pengkritik tegar bekas Perdana Menteri itu.

’Tembak menembak’ antara kedua mereka kebelakangan ini cuma menerusi kenyataan masing-masing yang dilapor media.

Pelbagai pandangan yang berlegar menjelang debat mereka pada 7 April.

Malah bukan rahsia lagi kalangan pimpinan UMNO yang setuju dan ada yang tidak setuju beliau berdebat.

Ada juga yang bimbang beliau diratah oleh Dr Mahathir dalam debat itu.

Debat ini sudah tentu menjadi detik penting dalam karier politik Nazri yang 22 tahun berada dalam kerajaan sejak jadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1995.

Pengalamannya dalam kerajaan  sama lamanya dengan Dr Mahathir jadi Perdana Menteri  22 tahun.

Ketangkasan Nazri ‘bersilat ‘ dalam politik cukup terserlah semasa beliau menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga urusan Parlimen selama dua penggal dari 2004 sampai 2013.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tugas sebagai menteri yang jaga urusan Parlimen bukanlah mudah apa lagi setelah jumlah Ahli Parlimen pembangkang jadi semakin ramai selepas pilihanraya umum 2008.

Jawatan itu sekarang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

Macam-macam karenah dan kontroversi dicetuskan oleh Ahli Parlimen pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat.

Dalam banyak ketika Nazri berjaya padamkan kontroversi dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang menerusi hujahnya yang tegas dan berfakta dalam sidang Dewan Rakyat mahupun di luar dewan.

Apakah segala ilmu dan pengalaman itu mampu patahkan Dr Mahathir pada 7 April ini?

Semua orang tahu bekas Perdana Menteri itu juga mempunyai skill tersendiri dalam bab berhujah.

Ini yang membuatkan ramai menanti dengan penuh debar untuk melihat mereka bertarung diatas pentas debat nanti.

Anggaplah pertemuan mereka di Lembah Sayong Sabtu sebagai ‘ warn up’ menjelang 7 April.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana