Wabak Keluar Parti PPBM Malukan Tun M, Mukhriz

ALOR SETAR - Lebih ramai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka meninggalkan parti walaupun baharu berdaftar kerana disisihkan oleh pucuk pimpinan parti yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Tindakan 60 ahli jawatankan kuasa penggerak PPBM kawasan Baling yang mengisytiharkan keluar parti serta merta semalam, membuktikan episod permulaan 'pemberontakan dalaman' terhadap  pucuk pimpinan parti yang kini dilihat lebih menumpukan kepada kerjasama dengan DAP dan sekutunya.

Antara punca mereka meninggalkan parti kerana pucuk pimpinan menafikan hak-hak ahli jawatankuasa penaja yang bertungkus lumus menggerakkan parti itu. Sebaliknya, pucuk pimpinan telah memberikan kuasa (watikah) kepada ''orang lain" yang tidak terlibat dalam gerak kerja parti semasa awal penubuhan PPBM.

Mereka kecewa pucuk pimpinan  pusat parti tidak memperdulikan insiatif ahli yang telah bekerja keras, sebaliknya memberi kuasa kepada orang yang datang kemudian. Kemelut yang 'melumpuh' PPBM Baling itu dijangka berlarutan di bahagian-bahagian lain, sekaligus menyulitkan parti yang berhasrat parti itu untuk menawan Kedah  pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

Ketika pucuk pimpinan mencanang di seluruh pelosok negara bahawa PPBM mendapat sokongan padu bekas ahli UMNO dan anak-anak muda, 'episod hitam' yang berlaku di Baling mendedahkan realiti sebenar kelemahan urus tadbir parti itu.

Demikianlah igauan buruk sebuah parti baharu yang diasaskan secara tergesa-gesa, tanpa persediaan, sebaliknya ditubuhkan kerana amarah kerana kegagalan dan kecewa untuk menggulingkan Perdana Menteri tanpa mengikut perlembagaan negara.

Tindakan ahli PPBM Baling "angkat kaki" daripada parti berlambangkan Bunga Raya itu juga mempunyai ciri-ciri yang sama sepertimana empat Wakil Rakyat DAP serta ratusannya ahlinya di Melaka meninggalkan parti kerana pemimpin atasan parti tidak mengendahkan suara akar umbi.

Keputusan ahli PPBM keluar parti itu menjatuhka air muka Dr. Mahathir dan Mukhriz selaku Pengerusi dan Timbalan Presiden PPBM. Kebetulan pula berlaku di negeri Kedah yang menjadi sasaran parti itu pada PRU kelak.

Sementara itu lebih ramai lagi ahli dan penyokong PPBM di negeri ini dikhabarkan akan membuat pusingan U ketika Dr. Mahathir sedang berusaha menyatukan parti-parti pembangkang untuk menggunakan satu lambang dan meletakkan satu calon bagi menumbangkan BN.

Ibarat tampal lubang di sana sini, tempat lain pula yang bocor, begitulah apa yang berlaku pada PPBM kebelakangan ini. Perebutan jawatankuasa penaja dalam parti dan akan disusuli perebutan kerusi antara calon PPBM dan agihan kerusi antara parti dengan parti pembangkang lain dijangka berlarutan sehingga gendang PRU 14 dipalu.

Pergolakan dalaman PPBM sebenarnya sudah bermula.... 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana