VIDEO : PENYOKONG PAN TERAMAT YAKIN GUAN ENG AKAN PELUK ISLAM

Nampaknya PAN semakin menampakkan diri mereka begitu rapat dengan DAP umpama budak suruhan yang paling setia apabila cuba menghasut orang lain supaya percaya dua pemimpin tertinggi DAP akan memeluk Islam pada suatu hari nanti.
Seorang pemimpin PAN dalam satu ceramah berkata dia percaya semua ahli dan penyokong PAN percaya serta mahu melihat pada satu masa nanti Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menjadi saudara baru dan menukar nama mereka.
Kalau orang Melayu pun mereka tidak ambil kisah dan perihal agama Islam mereka hendak masuk campur, atas alasan apa kita perlu percaya bahawa mereka akan memeluk Islam.
Guan Eng sebelum ini ada menggunakan seorang tokoh Islam yang terkenal dalam ceramahnya menggambarkan gaya kepimpinannya di Pulau Pinang. Beliau mengambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai analogi kononnya gaya kepimpinan beliau yang sederhana dan mementingkan rakyat.
Khalifah Islam seperti Umar tdiak mengambil kesempatan ke atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk menyalahguna kuasa membeli sebuah banglo dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Pemimpin-pemimpin lain DAP pula menggunakan Islam dan ayat kitab suci Al-Quran dalam ceramah mereka kononnya mahu mengambil pendekatan Islam tetapi mereka mempersendakan ayat berkenaan apabila membacanya di dalam ceramah politik.
Orang yang taksub dan penyokong pembangkang beragama Islam terpengaruh dan kononnya menganggap pemimpin DAP mahu mendalami ilmu Islam dan boleh belajar membaca Al-Quran.
Padahal mereka hanya mengambil beberapa potong sahaja ayat kitab suci itu untuk memperdayakan orang Melayu tetapi mereka sebenarnya tidak menghargai agama Islam.
Mereka hanya mahu kelihatan bagus di depan umat Islam supaya orang Islam percaya mereka benar-benar mahu membantu memperkasakan Islam jika menang pada pilihan raya.
Nampaknya pemimpin PAN ini sudah termakan pujuk hasut DAP dan percaya orang seperti Kit Siang dan Guan Eng akan satu hari nanti mahu memeluk agama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana