Video: MPs bertikam lidah isu ‘bodoh sombong’

Sidang Dewan Rakyat pada sesi petang menjadi hangat apabila tiga wakil rakyat bertikam lidah hanya disebabkan oleh istilah ‘bodoh sombong dan menipu’ yang diutarakan oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera ketika sesi pergulungan pada persidangan sebelah pagi tadi.

Situasi lebih lima minit itu tercetus selepas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid meminta Zairil Khir Johari menarik balik kata-kata itu yang didakwa meragui kewibawaan kerajaan dalam pelaksanaan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).

“Tidak wajarlah kerajaan kita dikatakan ‘bodoh sombong’ dan menipu semata-mata kerana peperiksaan berkenaan. Padahal kerajaan sentiasa prihatin dengan menyediakan prasarana pendidikan yang selesa kepada rakyat.

“Ia amat dangkal dan saya meminta Bukit Bendera tarik baliklah, ini menunjukkan imej yang amat buruk dan tidak benar sekali,” kata beliau pada sesi mengulung perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2016) 2017.

PISA merupakan program penilaian antarabangsa dalam subjek matematik, membaca serta sains yang dijalankan setiap tiga tahun sekali bagi pelajar berusia 15 tahun ke atas.

Bagaimanapun Zairil kemudiannya bangkit dan mendakwa ‘bodoh sombong’ hanyalah satu ungkapan semata-mata dan menjadi hangat berikutan Ahli Parlimen PAN  Sepang, Mohamed Hanipa Maiden masuk campur.

“Sepang, saya tidak beri peluang anda bercakap,” larang Ahli Parlimen Kota Tinggi itu.

Ketegangan semakin menjadi panas apabila Hanipa meminta diberi kebenaran.

“Jangan bodoh sombong, benarkan saya bercakap,” kata beliau.

Situasi ini kemudiannya ditenteramkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee meminta pertikain ini dihentikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana