Untungnya...dulu flat usang Razak Mansion kini jadi kondo...PM serah kunci

Beruntungnya pemilik 1Razak Mansion di Jalan Sungai Besi Kuala Lumpur! Kalau dulu duduk di flet satu dan dua bilik tetapi kini dapat kondo sederhana tiga bilik dan dua bilik air!

"Dibanding yang lama dengan yang baharu macam siang dengan malam. Dulu comot dan kelihatan seperti "setinggan bandar", "eye-sore.

"Saya gembira gambaran projek ini bukan seperti PPR (projek perumahan rakyat) tetapi gambaran sebuah kondo sederhana," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik-pemilik 1Razak Mansion di Kuala Lumpur, Rabu.

Sebelum ini pada 27 Februari lalu,Perdana Menteri serah kunci kepada 472 penghuni Residensi Kerinci yang dibangunkan semula atas konsep sama dari flat lama atas usaha kerajaan.

Perdana Menteri berkata projek berkenaan amat dekat di hatinya dan menyimpan nilai sentimental kerana pada 26 April 1967 allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein pernah merasmikan flet asal.

Flet asal yang terletak di belakang kondo 1Razak Mansion dulunya hanya mempunyai unit-unit satu bilik dan dua bilik sahaja dengan keluasan 399 dan 504 kaki persegi.

Kondo 1Razak Mansion pula mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan 800 kaki persegi serta dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis

Keseluruhan pembangunan membabitkan sejumlah 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar serta surau.

"Saya dimaklumkan bahawa nilai pasaran terkini bagi satu unit perumahan 1Razak Mansion telah meningkat tidak kurang daripada RM350 ribu berbanding harga dahulu di sekitar RM60 ribu sahaja," katanya.

Perdana Menteri juga menyuarakan rasa gembiranya kerana projek ini siap lebih awal dari jangkaan.

"Projek ini siap sembilan bulam lebih awal dari jangkaan tiga tahun sepertimana tercatat dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandangani pemilik pada 2014," tambahnya.

Najib turut mengumumkan pemilik setiap unit 1Razak Mansion akan menikmati beberapa insentif istimewa, iaitu:

1. Setiap unit rumah mempunyai hak milik strata di bawah nama pemilik dengan pajakan 99 tahun berbanding dengan unit lama dengan baki pajakan 40 tahun.

2. 101 unit penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditawarkan pada harga jualam RM42 ribu seunit yang mana pada masa kini harga pasaran rumah berkenaan adalah RM350 ribu ke atas.

3. Kos pemindahan  berjumlah RM3 ribu dibiayai oleh pemaju kepada 557 pemilik. Pemaju juga menanggung kos penyelenggaraan dan sinking fund selama dua tahun bermula tahun ini.

4. Mengikut perjanjian jual beli, kesemua penduduk diberi tempoh sebulan untul berpindah ke unit rumah baharu. Namun demikian, Perdana Menteri telah mengarahkan pemaju melanjutkan tempoh masa pindahan kepada dua bulan.

Najib turut memuji langkah pemaju, Impianika Development Sdn Bhd untuk membangunkan semula kawasan berkenaan melalui perkongsian Public Private Partnership (PPP).

Istimewanya, perumahan 1Razak Mansion berhampiran dengan stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang akan dibina tidak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana