UNTUK PRU14, MAMPUKAH BN MENANG DI PASIR PUTEH KELANTAN?

PILIHAN raya umum ke-14 Parlimen Pasir Puteh Kelantan dijangka dimenangi Barisan Nasional.
Mengikut pandangan awam Parlimen Pasir Puteh sepatutnya dimenangi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13.
Oleh kerana jumlah tidak keluar atau tidak pulang mengundi agak tinggi dicampur undi rosak dan kertas undi tidak dikembalikan calon Barisan Nasional,Tuan Mustaffa Tuan Mat kalah kepada calon PAS ,Nik Mazian Nik Mohamad dengan majoriti 1,888 undi.
Berdasarkan keputusan lalu,Parlimen Pasir Puteh tidak mustahil akan kembali dikuasai Barisan Nasional pada pilihan raya ke-14.
Umno kawasan perlu melipatgandakan usaha menawan masyarakat setempat dengan menjelaskan isu-isu yang dimomok pembangkang.
Daftar pemilih dikawasan Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya ke-13 ,76,259orang dan yang keluar mengundi seramai 66,232
Daripada 66,232 sebanyak 770 undi ditolak manakala jumlah kertas undi tidak dikembalikan 192.
Oleh kerana 192 kertas undi tidak dikembalikan ,makanya kertas undi dalam peti undi berkurangan berdasarkan yang dikeluarkan sebanyak 66,232.
Kertas undi yang dikeluarkan dalam peti undi sebanyak 66,040 sepatutnya tidak berkurangan dengan yang dikeluarkan 66,232.(66,232-66,040 =192 tidak dikembalikan).
Berdasarkan jumlah kertas undi dikeluarkan dengan jumlah yang dikeluarkan dalam peti undi terdapat 192 tidak dikembalikan.
Undi rosak berjumlah 770 pada pilihan raya ke-13 di kawasan Parlimen Pasir Puteh perlu dipandang serius oleh kepimpinan Umno -Barisan Nasinal.
Kiranya 770 (undi rosak) itu adalah dari pengundi Barisan Nasional di campur dengan 192 kertas undi tidak dikembalikan jumlahnya 962.
Diandaikan 962 semunya undi Barisan Nasional,Tuan Mustaffa Tuan Mat hanya kalah pada calon PAS ,Nik Mazian Nik Mohamad dengan majoriti 926 undi.Itu sekiranya seratus peratus memilih Barisan Nasional.
Andainya dari jumlah itu 50 peratus undi PAS dan 50 peratus lagi undi Barisan Nasional,calon dari Barisan Nasional masih kalah dengan majoriti 1,407 undi.
Berdasarkan analisis ringkas ini tiada sebab kawasan pilihan raya Parlimen Pasir puteh tidak boleh dianggap sebagai kawasan lima puluh lima puluh untuk Barisan Nasional merampas kembali pada pilihan raya umum ke-14.
Kemenangan PAS dengan majoriti 1,888 tidaklah sekebal mana sekiranya usaha berlipat ganda dari Umno-Barisan Nasional dilakukan dari sekarang.
Pokok utama yang perlu dibersihkan ialah permusuhan dalaman Umno-Barisan Nasional,dipercayai dan diyakini kerana permusuhan dalaman berlakunya undi rosak dan kertas undi tidak dikembalikan.
Umno tunggak orang Melayu perlu tinggalkan budaya berpuak-puak,kerana sikap itu pengundi atas pagar dan penyokong tegar yang kecewa akan perotes melalui undi dan yang rugi keseluruhan kepimpinan Umno-Barisan Nasional,malah kerja kuat tidak berbaloi ibarat susu lembu sapi dapat nama kerana segala usaha dilakukan dapat dikecapi pihak lawan.
Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan jentera Umno setempat,Parlimen Pasir Puteh tidak susah di tawan kembali Barisan Nasional.
Kepimpinan Umno-Barisan Nasional kawasan itu perlu melakukan sesuatu yang boleh menarik pengundi berada diluar supaya kembali menunaikan tanggungjawab mereka.
Berdasar rekod pilihan raya umum ke-13 seramai 9,976 tidak mengundi,mereka ini sebahagianya dipercayai berada diluar kawasan dan sebahagian lagi berada dalam kawasan pilihan raya tetapi sengaja tidak keluar mengundi,sama ada mereka sabotaj calon atau tidak ia sukar diramal.
Penganalisis politik dari pengamal media sosial pro Barisan Nasional meramalkan tidak sukar untuk Barisan Nasional berkuasa di kawasan pilihan raya Parlimen Pasir Puteh apa lagi dengan pertandingan tiga penjuru yang diyakini berlaku dan tidak mustahil juga terjadi empat atau lima penjuru.
Kawasan pilihan raya Parlimen Pasir Puteh patut diletakkan pada garisan lima puluh lima puluh sebagai harapan kepada jentera Umno-Barisan Nasional di Kelantan.
Walaupun anggaran majoriti tidak diramal sekali ganda daripada yang diperolehi PAS pada piliharaya umum lepas,sudah memadai kiranya berjaya mengatasi calon dari parti lain dengan 500 undi.-Hot Kelate
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment