UMNO-PAS…kekuatan tidak semestinya dalam bentuk kerjasama politik

Setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dicpita oleh Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi sudah diterima jadi anggota Pakatan Harapan tandatanya kini banyak bertumpu kepada hala tuju PAS dalam menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.
 
Dari perkembangan terkini ia juga sudah rasmi tutup pintu untuk jalin sebarang kerjasama dengan PPBM.Manakala DAP dan Parti Amanah (PAN) pula sudah terpahat musuh politiknya nombor satu.
 
Apa yang tinggal kini cuma hubungan ‘ talian hayat’ antaranya dengan PKR dalam kerajaan negeri Selangor.
 
Bibit-bibit keretakan itu sudah nampak menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung di Kedah pada hujung April.
 
Ini kalau dilihat dari pendirian tegas PAS bahagian Permatang Pauh dan Bayan Baru serta Pemuda PAS Tumpat yang mahu hubungan ibarat ' keluarga 69' dengan parti itu diputus terus.
 
Di celah kemelut ini sudah tentu ramai yang bertanya apakah PAS hendak jadi ‘lone ranger’ yakni kayuh sendiri selepas itu.
 
Juga sudah tentu ramai yang mengintai apakah PAS akan rancak ‘main mata’ dengan UMNO pula.
 
Isu dan cakap-cakap mengenai kemungkinan ada jalinan kerjasama antara PAS dan UMNO bukan cerita baru.
 
Sudah berbuih macam-macam teori dan pandangan politik berlegar.Ada yang kata boleh,ada yang kata mustahil dan segala macam.
 
Dalam pada itu pelbagai ‘conflicting message’ yakni kenyataan yang bercanggah-canggah kedengaran dikalangan pimpinan kedua parti hingga adakalanya agak membingungkan.
 
Ketua Penerangaan UMNO Tan Sri Annuar Musa selaku salah seorang pemain utama dalam barisan kepimpinan UMNO mempunyai pandangan yang tersendiri dalam hal ini.
 
Dalam interbiu dengan Agendadaily.com dan BNBBC.my di bangunan Parlimen beliau mengambil sudut yang terbuka.
 
Baginya UMNO dan PAS kini sedang berdepan musuh politik yang sama.
 
Beliau melihat berbagai kemungkinan boleh berlaku.
 
“Jadi dalam hubungan ini, saya nampak kedua-dua (UMNO dan PAS) sedang membuat adjustment tetapi kecenderungan kita lihat ia bergerak ke arah titik pertemuan. Tetapi belum bertemu.
 
“Kita jangan tengok semua benda boleh dibuat dengan mudah,”katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana