TULIS TENTANG KIT SIANG DIKTATOR, RASIS, ANTI ISLAM, ANNUAR BERI RM10 RIBU

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyuarakan hasrat untuk mengadakan pertandingan menulis artikel ahli politik veteran Lim Kit Siang dengan tawaran hadiah RM10,000.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh, artikel berkenaan haruslah mempunyai kaitan dengan Ketua Parlimen DAP itu dengan tajuk ‘Adakah benar Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan 51 tahun diktator?’.
“Siapa buat Instagram (IG) yang menarik, fakta yang betul yang ada kaitan dengan Lim Kit Siang yang dikatakan seorang rasis, anti Islam dan diktator politik 51 tahun.
“Boleh buat dalam bentuk IG, boleh buat dalam bentuk penulisan blog, boleh buat dalam bentuk artikel dan hantar ke pejabat saya, pejabat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, PWTC sebelum 30 Mei,” kata Annuar.
Tujuan beliau mengadakan pertandingan itu adalah untuk mencari bahan bukti daripada orang ramai berkaitan apa yang pernah didakwa sebelum ini.
Annuar berkata kenyataan terhadap Kit Siang mestilah dibuat berdasarkan beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui penasihat DAP itu seorang rasis.
Pasti ramai rakyat Malaysia yang setia menyokong kerajaan akan menghantar penyertaan dalam pertandingan ini kerana jika diamati betul-betul, bukan sukar untuk mencari bahan dan fakta berkaitan tajuk yang perlu ditulis.
Kelakuan Kit Siang ketika bermulanya rusuhan 13 Mei 1969 sudah pasti merupakan antara elemen utama artikel yang bakal ditulis oleh peserta nanti.
Cara DAP dikendalikan oleh Kit Siang juga boleh dimasukkan yang mana mereka tidak memberi keutamaan kepada orang Melayu menjadi pemimpin di dalam DAP adalah bukti bahawa dalam dian Kit Siang mengamalkan perkauman di dalam partinya sendiri.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment