TOKEY ALI BABA KAGUM DENGAN KECEKAPAN NAJIB....LAGI BERBULU DENGAR GENG PH NI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji hartawan China, Jack Ma berikutan komitmen meletakkan Malaysia ke arah ekonomi digital dan memujinya kerana memberi makna positif kepada perkataan Melayu “ali baba”.
Bercakap pada pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di Kuala Lumpur, Najib berkata perkataan “ali baba” di Malaysia merujuk kepada perusahaan yang menggunakan nama Melayu.
Tetapi Ma mengubahnya menerusi kejayaan gergasi dagangan dalam talian, Ali Baba Group yang diasaskan jutawan itu, kata Najib.
“Ali baba’ sekarang adalah perkataan yang paling menarik. Semua orang mahu jadi rakan kongsi kamu, tapi kami dapat dulu,”kata Najib.
Najib berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menempatkan DTFZ di luar China, dengan menarik banyak perhatian dalam proses tersebut.
“Anda datang ke sini, buat kali pertama, dengan empat CEO (di belakangnya). Saya diberitahu bahawa ini adalah kali pertama (anda datang) dengan empat CEO.
“Anda bertemu presiden Amerika Syarikat Donald Trump pun anda tak bawa empat CEO,” kata Najib berjenaka.
Perdana Menteri kemudian menceritakan pertemuan beliau dengan Ma November lalu, di mana mereka membincangkan antara lain adalah isu mengenai DTFZ.
Najib berkata beliau tahu pada masa itu Malaysia perlu memenuhi tarikh akhir yang ketat.
“(Tetapi) kita telah buktikan kepada anda bahawa kerajaan Malaysia boleh melakukannya dalam tempoh empat bulan.
“Dan saya suka kata-kata anda ‘kerajaan Malaysia lebih cekap daripada yang saya fikir’. Jadi saya boleh gunakannya,” kata Najib.
Ma, dalam ucapannya terdahulu, mengakui bahawa dia tidak berfikir bahawa pelancaran DTFZ dilaksanakan dalam masa ditetapkan dan berkata “Malaysia adalah lebih cekap daripada yang saya fikir”.
Ma, tahun lepas dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana