TMJ disahkan jadi Presiden pada Sabtu ....Syabas TMJ Kita Ucapkan

Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru Sabtu ini, walaupun pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri pada Khamis.
Penarikan diri Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAM) sekali gus menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menang tanpa bertanding dalam pemilihan yang diadakan sempena Kongres ke-53 FAM Sabtu ini.
Namun Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu masih belum boleh disahkan dan pihaknya masih menunggu makluman rasmi daripada Annuar.
"Saya masih menunggu pengesahan bertulis daripada Annuar mengenai penarikan dirinya daripada bertanding jawatan berkenaan.
"Pengisytiharan kemenangan juga hanya boleh dilakukan pada Kongres FAM yang dijadualkan Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Annuar dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Parlimen hari ini, mengumumkan pengundurannya kerana mahu memberi kemenangan mudah kepada Tunku Ismail yang dilihat komited dan bakal menjadi aset penting buat FAM.
Menurut Annuar, beliau akan memberi sepenuh perhatian dalam bidang politik sebagai Anggota Parlimen Ketereh serta membangunkan skuad bola sepak negeri kelahirannya, Kelantan.
Pemilihan pada kongres itu adalah untuk mengisi 17 kerusi iaitu presiden (satu jawatan), timbalan presiden (dua), naib presiden (empat) dan exco (lapan untuk lelaki dan dua bagi wanita).
Seramai 39 perwakilan dan 20 anggota gabungan FAM layak mengundi pada kongres berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana