TIDAK ADA PEKERJA KTMB YANG AKAN DIBUANG – AZIZ KAPRAWI

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Ab Aziz Kaprawi memberikan jaminan tidak akan ada seorang pun pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang akan kehilangan kerja.

Ab Aziz melalui satu kenyataan media yang dikirimkan sebentar tadi berkata kesemua pekerja yang terlibat dengan Raiway Assets Corporation (RAC) bakal diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

“Kesemua pekerja yang terlibat dengan Railway Network Access Agreement (RNAA) ini akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB, malah, saya jamin gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini TIDAK akan hilang mahupun berkurangan.

“RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan, oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta,” katanya.

Ab Aziz turut menyangkal tuduhan harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KTMB bakal meningkat selepas ini.

“RNAA TIDAK akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB, tambahan pula, tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul.

“Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing,” tegasnya lagi.

Pada 21 Disember 2016, Presiden Kesatuan Pekerja KTMB, Abdul Razak Md Hassan menyuarakan kebimbangan 4,000 kakitangan akan hilang kerja. Ketika ini, KTMB mempunyai 5,500 pekerja.

RNAA juga dikatakan akan memberi hak kepada kerajaan mencampur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment