TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota agensi penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barang berduti tinggi sehingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, mereka yang melindungi penyeludup boleh disifatkan sebagai pengkhianat negara kerana sanggup melakukannya demi hidup mewah semata-mata.
“Ia sangat mendukacitakan kerana mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negara tetapi mereka sebenarnya tidak ubah se­perti harapkan pagar, pagar makan padi.
“Penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan oleh SPRM supaya dapat mengenal pasti komplot penguat kuasa dengan segera. Pendedahan ini merupakan jenayah yang sangat serius dan kerajaan sudah tidak boleh berkompromi dengan perkara ini lagi,” katanya.
Lam Thye menambah, menggunakan pelbagai kaedah pemantauan pen­ting bagi mengesan mana-mana pegawai penguat kuasa yang berpotensi terlibat dalam jenayah rasuah tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana